Selain
membanggakan kerana Proton menjadi pilihan, keputusan Sultan Ibrahim itu
juga menamatkan teka-teki mengenai kereta manakah yang bakal
menggunakan nombor pendaftaran termahal itu memandangkan baginda
mempunyai beberapa koleksi kenderaan mewah.
Pada masa
yang sama, keputusan baginda itu juga dilihat satu tamparan hebat kepada
Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin
yang cuba mempolitikkan isu nombor pendaftaran berkenaan.