GEORGETOWN: Bapa pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei berjaya diselamatkan daripada cubaan untuk terjun dari Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 2, menghala tanah besar di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 4 pagi itu, Lee Ah Chai, 61, pada mulanya dilihat menangis di tepi laut berhampiran pusat beli-belah Queensbay Mall, Bayan Lepas.
Orang awam yang melihat kejadian itu memaklumkan kepada polis sebelum anggota peronda bergegas ke lokasi berkenaan untuk memujuknya pulang ke rumah di Taman Serumpun, Butterworth.
Menurut sumber, selepas hampir tiga jam dipujuk, Ah Chai memberitahu dia mahu pulang ke rumah dan polis mengiringi kereta dipandu lelaki itu untuk memastikan keselamatannya terjamin. "Bagaimanapun, sebaik saja tiba di kilometer 2 jambatan itu, dia memberhentikan kenderaan di tepi jalan sebelum membuka pintu dan keluar dari keretanya. "Dia kemudian cuba terjun dari jambatan, namun anggota polis yang mengiringinya bertindak pantas dan menghalangnya daripada terjun sebelum dibawa ke Balai Polis Sungai nibong, "katanya.
Sumber itu berkata, polis mengambil keterangan Ah Chai sebelum dia dibawa keluar dari pekarangan balai polis dengan membonceng motosikal seorang anggota polis bagi mengelak gambarnya dirakam media jam 1 tengah hari. Menurutnya, hasil siasatan Ah Chai mendakwa dia mempunyai masalah keluarga. "Dia dibawa ke ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai tengah (SPT) dan polis mengambil keterangannya sekali lagi. Ketika memberi keterangan kali kedua itu, dia mendakwa tidak berniat untuk membinuh diri, "katanya.