Buat kali pertama, pelakon, penyanyi dan bekas ratu cantik, Erra Fazira mendedahkan siapa sebenarnya bapa kandungnya, sekali gus menepis pelbagai spekulasi dan dakwaan liar mengenai isu itu. Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chik, 38, membuat kenyataan itu kepada wartawan Metro Ahad ketika menjalani penggambaran iklan komersial raya bertemakan Jalinan Kasih di Aidilfitri yang akan disiarkan secara eksklusif di Astro pada minggu akhir Ramadhan. Dalam program itu, Erra mendedahkan bapa kandungnya, Wan chek sebenarnya jirannya di kampung yang dipanggil Along tetapi dia hanya mengetahui perkara itu ketika berusia lapan tahun apabila bapanya meninggal dunia dalam nahas jalan raya. Sebelum itu ibunya, Azizah Zaik mendakwa Wan Chek sudah mati.
DIA keliru, benarkah lelaki dipanggil Along itu bapanya? Akalnya menolak kerana sedari kecil ibu memaklumkan bapanya sudah meninggal dunia, namun entah mengapa seakan-akan ada tarikan magnetik antaranya dengan lelaki itu yang juga jiran neneknya yang sering dilihat setiap kali pulang ke kampung.
Hinggalah satu hari, tiba-tibanya ibu datang ke sekolah untuk membawanya pulang ke kampung. Kata ibu, bapa meninggal dunia. Terpinga-pinga si kecil berusia lapan tahun itu. Bukankah bapanya sudah lama meninggal dunia? Siapa pula gerangan yang dimaksudkan ibu? Rasa keliru yang meluap-luap direlung hatinya semakin memuncak.
Tatkala tiba di perkarangan rumah yang sering menjadi tumpuannya setiap kali pulang ke kampung, ramai menyuruhnya menatap wajah si bapa buat kali terakhir. Dia kaku tidak bergerak, erat memeluk tiang serambi. Mindanya kosong dan kabur.Jenazah itu adalah lelaki yang sering dikatakan bapanya selama ini!
Kisah ini bukan cerita dalam drama atau filem, tetapi itulah sebahagian perjalanan hidup primadona filem alaf baru, Erra Fazira atau nama sebenar, Fazira Wan Chek, 38. Memori sedih itu tidak pernah padam, sebaliknya terkunci kemas di sanubari hingga tiada siapa mampu menebaknya.
Bagaimanapun, baru-baru ini Erra menyerahkan ‘kunci’ kepada Astro untuk berkongsi cerita itu dalam komersial raya bertemakan ‘Jalinan Kasih di Aidilfitri’ yang akan ke udara secara eksklusif pada minggu terakhir Ramadan.
Buat kali pertama, pelakon, penyanyi dan bekas Ratu Cantik Malaysia ini mendedahkan siapa bapanya dan apa yang berlaku dalam hubungan mereka. Ia sekali gus menjawab teka-teki ramai yang ingin mengetahui identiti bapanya selama ini.
Iklan durasi 60 saat itu menjalani penggambaran di Tanjung Karang, Selangor pada 19 Julai, bermula jam 5 pagi hingga senja membabitkan 40 kru diketuai Pengarah Kreatif Rangkaian Astro, Abib Mirza Hussein, tiga pelakon utama iaitu Erra ketika kecil, Nurul Balqish, ibu, Riza Alwi serta 27 watak tambahan.
Ketika ditemui di lokasi penggambaran iklan itu, Erra yang dilahirkan di Sungai Choh, Rawang pada 9 Februari 1974, menafikan selama ini merahsiakan identiti bapanya, cuma dia merasakan perkara itu tidak perlu dikongsi setiap kali ditanya media.
Pun begitu, hati anak tunggal pasangan Wan Chek dan Azizah Zaik ini terbuka untuk bercerita apabila tema yang diperkenalkan Astro bersesuaian dan boleh dijadikan pengajaran bersama.
“Bagi saya, ia bukan perkara terlalu sensitif, sebab itu saya boleh kongsi. Lagipun, ia disampaikan dengan menggunakan saluran betul. Saya cuma menceritakan kisah zaman kanak-kanak yang belum pernah dikongsi dengan masyarakat.
“Semua orang ada sejarah masing-masing dan ia bukan berniat memburuk atau menyalahkan mana-mana pihak, malah sebelum penggambaran, saya ingatkan pihak Astro supaya penyampaiannya nanti biarlah dalam bentuk membina.
“Apa yang ingin saya sampaikan dalam iklan ini, ikatan tidak akan putus walaupun berpisah mati. Seperti saya katakan tadi, ia bukan salah sesiapa tetapi keadaan yang menjadikannya begitu.
“Ia mengisahkan seorang kanak-kanak yang dambakan kasih sayang seorang bapa tetapi hasrat itu tidak kesampaian disebabkan keadaan. Bagaimanapun, hubungan anak dan bapa tidak akan putus. Ia ikatan indah anugerah Ilahi.
“Buatlah apa saja, satu hari pasti si anak tahu siapa bapanya. Diharap secebis kisah ini boleh menyedarkan mereka yang ada kasih sayang depan mata tetapi tidak menghargainya,” katanya sambil menghela nafas panjang.
YER BENAR. setiap org ada kisah dan sejarah tersendiri.
Sudah Terlambat Utk Apa Pun . Saya Ada Isteri Puan Shima .Dia Jaga Saya Dgn Cukup Baik Sanggup Berkorban Utk Saya Dan Saya Tidak Mahu Menduakan Nya . Diri Saya Sendiri Bukan Salah Saya Salah Doktor Salah Bagi Ubat . Jadi Hati Saya Sudah Patah .Saya Sudah Menjalani Berbagai2 Rawatan . Dan Hati Saya Cukup Sakit, Bapa Emak Saya Sudah Lama Tiada . Bekas Isteri Saya Khawin Dgn Bekas Kekasih Nya . Luka Di Lukai . Jadi Saya Tak Sudi . Pergi Cari Orang Yg Cari Awak . Jgn Cari Saya . Nanti Saya Salahkan Awak . Banyak Kumbang Di- Dunia Ini Pergi Kepada Mereka . Mereka Sedang Menanti Awak . Lagi Pun Saya Mati Pucuk Dan Sakit Schizophrenia Sejak Umur 16 Tahun . Saya Bergantung kpd Ubat2 . Sudah Terlambat .
Orang gilakš¤£