IPOH: “Dia menggelupur hampir tiga minit ketika badannya terkena renjatan elektrik dan saya nampak kepala serta tubuhnya berasap,” kata Mohd Faizal Abdul Aziz, 23, yang melihat rakannya, Riduan Hashim, 31, terkena renjatan elektrik ketika mengait buah kelapa berhampiran rumahnya di Kampung Kroh, Batang Padang, Tapah, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 6 petang itu, batang galah aluminium yang digunakan Riduan ketika mengait buah kelapa terkena kabel elektrik menyebabkan dia terkena renjatan elektrik. Bagaimanapun, mangsa terselamat daripada maut dan kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini.
Faizal berkata, insiden berlaku ketika dia dan Riduan mengait kelapa tua untuk dijual selepas mereka mendapat tempahan sempena Ramadan. “Riduan meminta saya membantunya mengait kelapa tua. Saya serta seorang lagi rakan, Suhaimi bersetuju membantunya dan kami ke rumahnya jam 5.50 petang.
“Kami memulakan kerja mengait kelapa tua beberapa minit kemudian di kawasan kira-kira 100 meter dari rumahnya. Ketika itu galah aluminium Riduan tersentuh kabel elektrik menyebabkan dia terkena renjatan elektrik,” katanya. Menurutnya, dia hanya menjerit terkejut apabila melihat Riduan menggelupur bertarung nyawa untuk melepaskan batang aluminium yang mengalirkan arus eletrik ke tubuhnya. "Saya lihat Riduan cuba mengcampakkan batang aluminium itu jauh dari tubuhnya namun galah berkenaan bagaikan magnet melekat semula ketubuhnya. Riduan yang kesakitan meraung sebelum terbaring dalam keadaan batang aluminium berkenaan terus membakar dada dan pinggang kanannya,"katanya ketika ditemui di HRPB, semalam.
Faizal berkata, dia dan Suhaimi segera mencapai kayu pokok rambutan dan menggunakannya untuk mengalih batang aluminium berkenaan daripada tubuh Riduan."Usaha kami berhasil dan Riduan yang ketika itu mengerang kesakitan, segera dihantar ke hospital kampar untuk rawatan kecemasan. "Ketika itu saya dapati tapak tangan kiri, dada pinggang dan kaki Riduan melepuh bagaikan cair akibat renjatan elektrik voltan tinggi itu.
"Saya sedih dengan apa yang berlaku terhadap Riduan, tambahan pula dia bukan orang senang dan hanya bekerja kampung," katanya. Sementara itu, ketua Kampung Sungai Kroh, Khairul Anuar Mustapa berkata, dia amat bersimpati terhadap nasib menimpa Riduan yang juga bapa kepada dua anak kecil. menurutnya, kejadian seumpama itu pertama kali berlaku di kampung berkenaan dan difahamkan, batang aluminium disambungkan pada kayu dijadikan galah bagi mengait buah kelapa.
Tangan kiri terpaksa dipotong

Hati saya remuk apabila doktor memberitahu tangan kiri suami terpaksa dipotong esok (hari ini) kerana semua sel dan saraf tangan itu sudah mati,"kata Haslinda Zahari, 25, isteri Riduan Hashim, 31, yang terkena renjatan elektrik ketika mengait kelapa dekat rumahnya di Kampung kroh, Batang Padang, Tapah petang kelmarin. Menurutnya, renjatan elektrik itu menyebabkan suaminya kini mempunyai 50 peratus untuk hidup dan jika sembuh, dia berkemungkinan besar mengalami cacat kekal. "Ketika kejadian petang kelmarin saya keluar unutk membeli kuih berbuka puasa dan apabila pulang terkejut melihat orang ramai menahan kereta di tepi jalan sambil menjerit 'orang terbakar!'," katanya.