GEORETOWN, Mayat seorang lelaki yang tidak diketahui identitinya dan dipenuhi najis, ditemui terperosok dalam longkang di Lebuh Cina di sini, petang kelmarin. Dalam kejadian jam 6 petang ini, mayat terbabit di temui pencuci longkang yang kebetulan melakukan kerja pembersihan di kawasan itu. Sepasukan anggota forensik polis tiba di tempat kejadian dan pemeriksaan mendapati lelaki berkenaan tang bertubuh kurus, tidak berbaju dan hanya memakai seluar pendek, dipercayai baru beberapa jam mati. Menurut sumber, polis tidak menolak kemungkinan mangsa cuba memanjat kebumbung sebuah rumah kedai yang berkunci sebelum tergelincir dan terjatuh ke dalam longkang.
"Setakat ini, kami masih belum mengenal pasti identiti mangsa kerana tiada sebarang dokumen peribadi yang ditemui ketika pemeriksaan dilakukan. "Kami juga belum menerima laporan kehilangan ahli keluarga dan sesiapa yang mempunyai maklumat boleh menghubungi polis di talian 04-2181822,"katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong meng ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung penemuan mayat terbabit. "Setakat ini kita cuba mengenal pasti identiti mangsa dan mayatnya sudah dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat, katanya.