Pada tanggal 1 Julai 2012 yang akan datang, seorang artis senior,
Ziana Zain julung-julung kalinya akan memperkenalkan produk kecantikan
miliknya yang dikenali sebagai B.Lift. Menurut Ziana Zain, B.Lift
merupakan perkongsian kecantikan yang telah diamalkan olehnya lebih dari
20 tahun yang lalu dan produk ini merupakan produk pemakanan tambahan
yang dapat memelihara kecantikan wajah dari dalam secara semulajadi.
Pada dasarnya, B.Lift merupakan produk makanan tambahan yang
diperkaya dengan bahan-bahan semulajadi seperti sayur-sayuran,
buah-buahan,ikan asli dan juga kolagen bermutu tinggi. Disamping itu,
produk makanan tambahan yang berbentuk serbuk ini seratu peratus halal
dan telah diluluskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau JAKIM.
Selain itu, menurut Ziana Zain, B.Lift merupakan satu produk yang
istimewa buatnya kerana khasiatnya diperakui dan ia telah menjalani
proses pembuatan yang penuh terperinci sebelum produk ini dipasarkan
secara meluas kepada pengguna.
Merujuk kepada kaedah pemasaran produk B.Lift ini, Ziana Zain telah
memilih untuk tidak memasarkannya secara langsung di kedai-kedai, tetapi
beliau memilih untuk menggunakan alternatif pemasaran lain iaitu
melalui medium pemasaran di internet seperti Twitter dan Facebook.
Selain itu, beliau turut akan mengadakan ceramah kecantikan untuk produk
B.Lift ini setelah produk ini selamat dilancarkan.
Bagi individu yang berminat untuk mencuba produk B.Lift ini, anda
boleh layari Facebook Ziana Zain di Ziana Zain Ventures atau di Twitter
beliau iaitu @ZZventures. Selain itu, anda juga boleh mengirimkan email kepada beliau di zianazainventure@gmail.com.