Dunia perubatan telah dikejutkan dengan kisah seorang bayi yang lahir dari seorang ibu yang sudah meninggal selama 2 hari. Ayah bayi tersebut, Mahmoud Soliman(29 Tahun) merasakan ianya adalah satu keajaiban yang berlaku dan sangat sangat bersyukur akan kejadian ini.
Isterinya, Jayne Soliman (41) meninggal dunia akibat dysfunction otak memberikannya seorang bayi kecil yang cantik setelah Jayne divonis meninggal 2 hari sebelumnya dengan bantuan pembedahan caesar. Dalam masa kehamilannya, Jayne tidak merasakan apa jua masalah.
Namun ketika usia kehamilannya masuk minggu yang ke-25, dia selalu merasakan sakit di kepala dan sering jatuh pengsan. Kemudian Jayne dikejarkan ke Hospital Oxford. Setelah 2 jam berada di hospital, pasukan doktor mengesahkan bahawa nyawa Jayne Solaiman tidak dapat diselamatkan lagi. Pasukan doktor mencuba sedaya upaya dengan pelbagai cara dan dengan berbagai alat agar jantung Jayne namun dia tidak dapat di selamatkan.
Walaubagaimana, para doktor masih berusaha untuk menyelamatkan nyawa bayi Jayne ketika itu . Doktor memberikan dos steroid agar jantung bayi dapat berkembang dan hasilnya selepas berusaha selama 2 hari akhirnya bayi tersebut di keluarkan dari rahimnya. Bayi tersebut di beri nama Aya yang bermaksud Keajaiban.