Izreen Azminda secara eksklusif berkongsikan dua keping gambar sekitar majlis khatam al-Quran beliau kepada Media Hiburan awal petang ini.
“Tarikh 30 Ogos dipilih memandangkan ia ulang tahun kelahiran saya.
Ia secara tidak langsung memudahkan saya mengingati ulang tahun
perkahwinan selepas ini”
Izreen Azminda bakal bergelar isteri kepada Muhamad Riza Baharudin (Riza) dalam majlis akad nikah malam ini dan majlis khatam al-Quran selamat berlangsung padi tadi.Dua keping gambar yang di’kirimkan Izreen Azminda dan terima kasih buat Media Hiburan untuk tatapan anda selepas ini. Tahniah dari kami buat Izreen Azminda & pasangan.
Selepas mengikat tali pertunangan pada 1
Januari lalu, pelakon Izreen Azminda bakal menamatkan zaman bujangnya
bersama jejaka pilihan hati Muhd. Riza Baharudin, pada 30 Ogos depan
iaitu kira-kira 10 hari selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti. Pada majlis itu, kedua-dua pihak sudah menetapkan wang hantaran sejumlah RM19,001 dan mas kahwin RM999.
Bagaimanapun sebelum ini timbul dakwaan bahwa tunangnya itu seorang lelaki yang bermasalah dan bukan seorang yang berkedudukan tinggi. Memetik kenyataan di mStar, Izreen berkata dia menerima lelaki itu kerana yakin dan serasi untuk hidup bersama.
“Apa juga yang pernah berlaku dalam hidup saya atau Riza adalah perkara yang lepas dan tidak mahu dikenangkan lagi. Orang luar boleh bercakap dan membuat andaian apa saja walaupun mereka tidak mengetahui cerita yang sebenar.
“Saya menerima dia kerana keserasian dan kepercayaan walaupun kami baru berkawan dalam tempoh yang singkat,” katanya.
Bahkan keputusannya untuk mengahwini jurukamera bebas berusia 29 tahun itu, bukan dipengaruhi perasaan kecewa selepas kegagalan hubungannya dengan aktor Johan As’ari. Bukan juga kerana marah ataupun mahu membuktikan sesuatu kepada bekas kekasihnya, pelakon Johan Asari. Sebaliknya kata Izreen, dia sudah tidak sabar untuk bergelar isteri selain memiliki anak sendiri.
Dalam perkembangan lain, Izreen Izreen berkata dia baru saja menamatkan penggambaran drama bersiri Suri untuk TV3 dan telefilem Janji Jujur Sepi (TV9). Dia juga akan muncul dengan dua filem Pak Pong dan Pecah pada tahun depan.