Tak
mampu saya nak tahan air mata ketika mendengar kisah benar yang
diceitakan oleh seorang ustaz dalam tazkirahnya di sebuah masjid dalam
kawasan Jengka baru baru ini.Sekitar awal 90an,seorang pemuda 30an
menjerit jerit seorang diri di rumahnya tiap kali sampai waktu maghrib
terutamanya di bulan Ramadhan,dia meraung setiap hari bagaikan orang
diserang histeria.Jirannya membawa lelaki itu bertemu dengan ustaz tadi
yang ketika itu bertugas sebagai pensyarah UiTM Kuantan untuk diubati.
Gambar Hiasan
Pemuda
melayu itu kemudiannya menceritakan satu peristiwa menyayat
hati. Ceritanya beberapa tahun sebelum itu dia tinggal dengan ibunya. Dia
seorang yang nakal dan liar. Tidak mengerjakan solat dan berpuasa. Suatu
hari ibunya meminta dia belikan lauk untuk berbuka puasa,lelaki itu
sedang tidur. Dia tak mahu pergi ke pasar. Berulang kali disuruh sang
ibu,dia tetap berdegil. Hingga akhirnya dengan perasaan marah kepada
siibu yang terus memaksa,dia terus ke pasar dengan hati yang tidak
ikhlas,dibelinya daging untuk ibunya memasak. Si ibu gembira, berselera
dia berbuka puasa hari itu.
Pemuda
berhenti bercerita kepada ustaz. Tiba tiba dia menangis lagi. Meraung
bagaikan dirasuk syaitan. Dalam sedu tangisnya dia bertanya ,"Ustaz tahu
daging apa yang saya beli?",Ustaz menggeleng kepala tanda dia tidak
tahu."Daging apa?" tanya ustaz kembali. "Saya beli daging babi
ustaz!,saya berdosa Ustaz"jawab pemuda itu. Ustaz tergaman tidak
terkata.”Masya Allah”hanya itu saja yang mampu diungkapkan.
Lelaki
30 an meneruskan cerita. ”Pernah satu hari dalam bulan Ramadhan saya
belikan daging ular yang siap dipotong untuk ibu saya menyediakan lauk
berbuka puasa”ceritanya lagi. ”Saya bagi tau ibu, saya belikan ekor lembu
untuk ibu buat sup. Maghrib itu ibu berbuka dengan sup ular yang
disangkakannya sup ekor”.”Ya Allah besarnya dosa saya ustaz”.
Dalam
senda tangisnya itu pemuda itu memberitahu ustaz itu lagi, ibunya
selepas itu ditimpa sakit dan meninggal dunia. Selepas meninggal dunia
pemuda itu telah insaf dan bertaubat. Tetapi setiap kali tiba nya waktu
Maghrib terutamanya bulan Ramadhan,pemuda itu tidak dapat lupa
kejahatannya memberi ibunya berbuka puasa dengan daging babi dan
ular. Dia tak mampu menahan perasaan bersalahnya ketika itu yang
menyebabkan dia akan menangis dan meracau setiap hari mengenangkan dosa
dosanya kepada si ibu yang sudah tiada di muka bumi ini.
Semua
ahli jamaah yang mengikuti tazkirah malam itu begitu teruja
sekali. Bayangkan adanya pada zaman moden ini anak yang sanggup
memperlakukan ibunya sendiri seperti dilakukan pemuda tadi.
Ustaz
menghabiskan tazkirahnya malam itu dengan mengingatkan hadis nabi
beahawa malaikat berdoa ,laknat Allah ke atas mereka yang yang
mengabaikan kedua ibu bapanya ketika mereka telah tua.Dua orang ibu bapa
boleh pelihara sepuluh orang anak hinga remaja. Tetapi sepuluh orang
anak belum tentu dapat jaga kedua orang tuanya ketika mereka sudah tua.
Semoga taubat lelaki itu diterima oleh Allah dan dijadikan pengajaran.