Saluran berita Astro Awani menerusi akaun Twitter mereka mengesahkan yang Khairul Fahmi Che Mat terlibat dengan kemalangan.
Kenyataan ringkas itu turut menyebut yang Khairul Fahmi Che Mat
mengalami kecederaan selepas kereta yang di’pandunya terbabas tengah
malam tadi.
Kelantan FA menerusi
akaun Facebook mereka mengirimkan sekeping gambar kereta berjenama Audi
yang di’dakwa milik penjaga gol yang terlibat dalam kemalangan semalam.
Kejadian itu berlaku di Kampung Badak, Bachok Kelantan dan sehingga
ke saat ini status kecederaan Kharul Fahmi Che Mat masih belum
di’ketahui. Doakan yang terbaik untuk beliau.
Terkini Khairul Fahmi Che Mat menerusi akaun
Twitter beliau memaklumkan yang diri’nya hanya mengalami luka kecil
akibat kemalangan ini & berterima kasih kepada mereka yang prihatin
serta mendoakan kesihatan beliau.