Melihat pendedahan yang dibuat oleh
sebuah stesen televisyen swasta baru-baru ini mengenai anak bangsa kita
yang melakukan perbuatan terkutuk di dalam hutan terutamanya di
pusat-pusat perkelahan mengingatkan….
Pengalaman saya berhadapan dengan
sepasang tunang yang mengadu menghadapi masalah besar beberapa tahun
lalu,” beritahu Ustaz Abdullah Mahmud, penceramah bebas yang dikenali
ramai. Tambahnya, beliau memang tidak hairan dengan pendedahan tersebut
kerana sepanjang menjadi penceramah, kaunselor dan merawat orang, dia
didatangi oleh golongan remaja yang mengadu menghadapi masalah akibat
terlanjur terutamanya si wanita yang mengandung setelah berzina di
merata tempat tak kira hutan, hotel, rumah kosong, dalam semak, kereta
dan sebagainya.
“Adakalanya saya menitiskan air mata apabila mengingatkan pergaulan bebas anak muda kita yang makin menjadi-jadi.
Mereka ini langsung sudah tidak takut
bala Tuhan. Mereka sudah tidak dapat membezakan antara halal dan haram,”
tegas beliau dengan nada kesal. Berbalik kepada pasangan tunang yang
datang menemui beliau di pejabatnya di Batu Caves, Selangor ketika itu,
Ustaz Abdullah menjelaskan pasangan itu yang berumur lingkungan
pertengahan 20-an itu datang untuk meminta pertolongannya.
“Apa yang boleh saya bantu encik?”
Tanya Ustaz Abdullah kepada mereka. Si
lelaki kelihatan malu-malu untuk menceritakan masalahnya manakala si
perempuan mencubit paha lelaki itu mungkin meminta agar segera
menceritakan masalah mereka. Ustaz Abdullah yakin masalah yang dihadapi
oleh pasangan itu agak berat kerana berdasarkan pengalaman, lazimnya
hanya mereka yang menghadapi masalah besar saja akan pergi menemui
kaunselor atau ustaz bagi mencari jalan agar kekusutan yang dialami
mereka terlerai.
“Ustaz…macam ini, saya dan tunang saya
ada masalah sikit. Ketika tidur, saya selalu nampak ular dalam rumah.
Begitu juga dengan tunang saya. Seringkali ketika tidur, tunang saya
menjerit-jerit. Dia kata ular besar datang membelitnya.”
“Saya sendiri sudah takut hendak masuk di dalam semak kerana sering terbayang ada ular,” beritahu lelaki itu ringkas.
Mendengar masalah itu, Ustaz Abdullah
termenung sejenak. Dia merenung memikirkan “penyakit” aneh yang dihadapi
oleh pasangan itu.
“Awak pernah pukul ular ke?”
Ustaz Abdullah mengajukan soalan rambang
. Bagaimanapun lelaki itu menggeleng kepala sambil memberitahu dia
tidak pernah memukul ular. Lelaki itu turut memberitahu dia dan
tunangnya jadi fobia kepada ular dan akibat itu badan mereka menjadi
lemah tidak bermaya akibat sering terkejut.
Mereka juga menyatakan telah pergi
menemui beberapa orang bomoh meminta air penawar agar kelibat ulat tidak
tergambar lagi dalam bayangan matanya tetapi semuanya tidak menjadi.
“Selalunya kalau jadi macam ni, pasti ada sebabnya.
Kalau tidak ada sebab tertentu, setahu
saya perkara seperti ini tidak akan berlaku tambahan lagi berdasarkan
pengamatan saya, awak berdua bukan terkena sihir,” kata Ustaz Abdullah
yang menyedari pasangan tunang itu cuba menyembunyikan cerita yang
sebenar kepadanya.
Namun lelaki itu tetap berkeras
menyatakan mereka tidak pernah melakukan sesuatu kesalahan seperti
memukul ular dan sebagainya.”Tak perlu hendak malu. Saya hendak tahu ini
pun, bukannya saya bermaksud hendak campur hal encik tapi dengan
mengetahui puncanya, mudahlah sikit saya berikhtiar kalau-kalau ada
serasi, Allah akan makbulkan permohonan kita,” pujuk Ustaz Abdullah
lagi.
Sebaik saja mendengar kata-kata itu,
wajah mereka tiba-tiba berubah. Si perempuan pula tiba-tiba menitiskan
air mata manakala yang lelaki tunduk ke bawah memandang lantai. Dia
kelihatan malu untuk bertentangan mata dengan Ustaz Abdullah. “Macam ini
Ustaz, sebenarnya saya kena belit ular sawa setahun yang lalu, sejak
itu saya mengalami masalah ini, sering diganggu dengan bayangan ular.
Tunang saya juga kena belit ular,” akui lelaki itu agak mengejutkan
Ustaz Abdullah.
Ustaz Abdullah yang tidak begitu faham
dengan penjelasan itu terus bertanya kepada mereka bagaimana cerita yang
sebenarnya. Barangkali setelah yakin dengan keikhlasan Ustaz Abdullah
untuk membantu, akhirnya pasangan itu menceritakan segala-galanya.
Cerita lelaki itu, kejadian itu berlaku sebelum mereka bertunang. Pada
suatu hari, mereka yang mengaku bekerja di sebuah syarikat yang sama di
Shah Alam, Selangor mengatur janji untuk pergi ke sebuah tempat
perkelahan di Selangor. Mereka yang kebetulan bekerja syif malam telah
mengambil keputusan untuk pergi pada hari biasa kerana pada hari
tersebut orang tidak ramai maka mudahlah mereka bermadu asmara dan
bercengkerama.
Menurut lelaki itu lagi, sebelum itupun,
mereka pernah pergi ke situ pada hujung minggu. Bagi mereka, pada
hujung minggu tidak sesuai kerana, pengunjung terlalu ramai, maka
menyukarkan mereka untuk bercumbu rayu. Itupun mereka memilih tempat
terlindung tetapi tidak terlepas daripada gangguan pemuda-pemuda yang
suka mengendap.
“Hanya dua bulan perkenalan, kami sudah
terlanjur. Ketika saya dibelit ular tempoh hari, saya berkenalan dengan
tunang saya ini sudah enam bulan.
Banyak kali sudah kami melakukan
perbuatan terkutuk itu,” nyata lelaki itu sambil menangis. Sebaik saja
sampai di kawasan perkelahan yang mempunyai sebatang anak sungai itu,
dia menyorokkan motosikal di dalam semak. Manakala tempat mereka bersama
terlindung di sebalik pokok balak berhampiran gigi air sungai. Pada
tengahari itu memang sunyi. Seorang
manusia pun tidak kelihatan.
manusia pun tidak kelihatan.
Bukan main seronoklah mereka berdua
kerana dapat bermadu kasih tanpa gangguan, meskipun terbit rasa bimbang
kalau ada yang mengintip di sebalik semak atau diserbu pihak berkuasa
tapi perasan rindu dendam yang membara mengatasi segala-galanya. Di
situ, pada mulanya mereka berbual-bual sambil berpegangan tangan.
Kemudian melarat ke bahagian lain pula.
Seterusnya nafsu mula menguasai diri
masing-masing. Berbekalkan kertas suratkhabar, ia dijadikan alas untuk
mereka berbaring. Pakaian si perempuan dilucutkan satu demi satu,
selepas itu yang lelaki pula menanggalkan pakaian. Mereka bercumbu rayu
dan terus berzina tanpa menyedari di dalam rumpun semak di hujung kaki
mereka berlengkar seekor ular sawa sebesar paha orang dewasa sedang
mengeram.
“Kami tak sedar ada ular. Tengah-tengah
buat benda tu, kaki saya tertendang ular itu menyebabkan dengan pantas
ia terus menyerang dan membelit kami berdua. Ia berlaku dengan pantas
sekali, tidak sempat kami hendak melarikan diri,” cerita lelaki itu
dengan perasaan kesal. Akibat belitan ular sawa itu, mereka berdua
merasakan ajal mereka akan tiba pada bila-bila masa kerana setiap kali
mereka meronta, semakin kuat ular itu menjerut tubuh mereka.
“Saya menjerit sekuat hati meminta
tolong. Perasaan malu sudah tidak ada lagi dalam diri saya pada masa
itu. Yang penting, nyawa kami harus diselamatkan dan pada masa yang
sama, saya semakin sesak nafas kerana belitan ular itu yang sungguh kuat
dan mulutnya terngaga luas seperti tidak sabar-sabar hendak menelan
saya,” beritahunya tanpa segan silu lagi.
Keadaan kekasihnya semakin lemah.
Mukanya pucat lesi seperti sudah kehilangan darah. Lelaki itu tidak
mampu berbuat apa-apa. Kudratnya tidak terdaya menandingi ular besar
itu.
Dalam keadaan cemas, tiba-tiba muncul seorang pemuda dari sebalik semak sambil memegang sebatang kayu untuk memukul kepala ular itu yang hendak membaham kepala lelaki tersebut. Pemuda itu teragak-agak untuk memukul kepala ular sawa itu mungkin bimbang kalau terkena kepala lelaki itu. “Saya menjerit dan merayu agar ditolong dengan nada yang tersekat-sekat kerana sesak nafas. Kemudian pemuda itu dengan laju menghayun kayu sebesar betis itu beberapa kali mengenai kepala ular tersebut.
Dalam keadaan cemas, tiba-tiba muncul seorang pemuda dari sebalik semak sambil memegang sebatang kayu untuk memukul kepala ular itu yang hendak membaham kepala lelaki tersebut. Pemuda itu teragak-agak untuk memukul kepala ular sawa itu mungkin bimbang kalau terkena kepala lelaki itu. “Saya menjerit dan merayu agar ditolong dengan nada yang tersekat-sekat kerana sesak nafas. Kemudian pemuda itu dengan laju menghayun kayu sebesar betis itu beberapa kali mengenai kepala ular tersebut.
“Akhirnya, ular itu terkulai dan
belitannya terurai. Saya tidak mampu bergerak lagi manakala kekasih saya
pengsan. Pemuda itu memakaikan semula baju kami. Kemudian dia pergi
meminta bantuan orang untuk menghantar kami ke hospital. Dia hanya
seorang diri. Saya tidak pasti siapa pemuda itu dan dari mana dia
datang. Saya syak mungkin pada mulanya dia sedang mengintai saya buat
“projek,” cerita lelaki itu lagi. Akibat belitan ular tersebut, pasangan
itu mengalami kecederaan agak teruk iaitu si lelaki patah satu tulang
rusuknya manakala kekasihnya patah dua batang tulang rusuk.
Empat bulan selepas kejadian itu, mereka
melangsungkan pertunangan dan merancang untuk berkahwin dalam masa
terdekat setelah didesak oleh keluarga yang mengetahui kejadian itu.
Bagi mereka, masalah sering dihantui oleh bayangan ular lebih perit
daripada menanggung kesakitan akibat patah tulang rusuk.
Akibat “badi” itu, tidur malam mereka
terganggu setiap malam dan walau kemana sekalipun berada,mereka
terbayang berhampiran mereka ada banyak ular. Mendengar penjelasan
lelaki itu, fahamlah Ustaz Abdullah apa sebenarnya yang terjadi. Namun
sebelum merawat pasangan itu, beliau telah menasihatkan mereka agar
bertaubat kerana telah melakukan perbuatan zina.
Ustaz Abdullah juga memberitahu mereka,
berkemungkinan peristiwa dibelit ular itu adalah balasan Tuhan di dunia
di atas perbuatan mereka itu. “Awak berdua patut bersyukur. Saya rasa
Allah sayangkan awak berdua. Dia bagi azab kecil kepada awak berdua
mungkin supaya awak insaf dan segera bertaubat. Kalau nak ikutkan, ramai
orang berzina tetapi Allah tidak mahu menunjukkan balanya di dunia ini,
maka kerana tidak pernah dijatuhkan bala itu, mereka ini berterusan
melakukan zina,” nasihat beliau membuatkan pasangan itu menangis
tersedu-sedu sambil berjanji akan bertaubat serta berkahwin secepat
mungkin.
Ustaz Abdullah memberi sebotol air
penawar. Air itu digunakan untuk mandi dan minum. Di samping itu, Ustaz
Abdullah menasihatkan pasangan itu agar sering mengingati Tuhan semoga
penyakit fobia mereka hilang. Mereka pulang dengan wajah riang dan tidak
lama kemudian lelaki itu menghubungi Ustaz Abdullah memberitahu mereka
berdua telah sembuh sepenuhnya dan menjemput beliau hadir ke majlis
perkahwinan mereka.