Lelaki misteri hadir perbicaraan kes cerai artis terkenal. Hendak percaya kata orang, tahyul dan tidak baik kerana ia boleh menyesatkan kerana menduakan Allah. tapi itulah yang berlaku dalam perbicaraan membabitkan kes penceraian seorang artis terkenal, berlangsung baru-baru ini. Perkara ini diceritakan teman CAK sendiri yang bertugas di meja mahkamah. Katanya sewaktu membuat liputan perbicaraan permohonan perceraian membabitkan artis ini, dia sangsi melihat lelaki tidak dikenali duduk di bahagian hadapan mahkamah sedang bersidang. Mulutnya terkumat-kamit seperti membaca mentera.
Pada awalnya, teman CAK itu dia tidak mahu bersangka buruk tetapi melihat apa yang dilakukan lelaki itu, lagaknya seperti seorang bomoh dan sesekali muncungnya seperti menyembur sesuatu ke arah artis terbabit yang duduk di hadapannya. Bagaimanapun, lelaki terbabit tidak menyedari yang tindak-tanduknya diperhatikan teman CAK.
Ingin mengesahkan situasi dilihat, teman CAK tadi bertanya kepada salah seorang teman media yang kebetulan duduk di sebelah lelaki dimaksudkan. Kata teman itu, dia dengar lelaki terbabit membaca sesuatu yang tidak difahami. Namun waktu yang sama, dia menyatakan bohong beberapa kali secara perlahan dan sayup-sayup kedengaran.
Meremang bulu roma CAK bila mendengarkan cerita ini. Takkan kerana mahu menyelesaikan masalah perceraian di mahkamah syariah sampai menggunakan bomoh. Hanya orang yang tidak berakal dan minafik saja yang sanggup berbuat demikian. Apa motif sampai bawa bomoh di muka pengadilan. Sekiranya perkara ini benar, CAk tidak tidak tahu apalah tujuan sebenar menggunakan kuasa sihir dalam menyelesaikan masalah rumah tangga. Adakah ereka sudah hilang pedoman sampai sanggup membelakangkan Tuhan.