Produk terbaru dari SAMSUNG yang membuatkan ramai yang tergila-gilakan telefon bimbit ni termasuklah aku. Samsung Galaxy S III secara rasminya telah dilancarkan pada 5 Mei 2012 yang lalu dan sudah mula dipasarkan. TELEFON pintar Galaxy S III edaran Samsung Malaysia Electronics kini boleh diperoleh di pasaran menerusi rakan kongsi telekomunikasinya Celcom, DiGi dan Maxis bermula 31 Mei dan cawangan Samsung Elite Partner pada Jun.
Pengarah Urusannya, Kwon Jae Hoon berkata, menerusi pengenalan telefon terbaru itu, syarikat yakin ia dapat mengatasi kejayaan Samsung Galaxy S II yang terjual sebanyak 20 juta unit di seluruh dunia sejak pelancarannya tahun lalu. Beliau berkata, telefon baru itu yang hanya seberat 133 gram dan lebar 8.55mm adalah peranti pertama yang menampilkan pemproses aplikasi empat teras. “Ini menyediakan kepada pengguna prestasi dipertingkat, melayari web dengan pantas, pelbagai guna, kualiti grafik terbaik dan antara muka pengguna yang responsif dengan segera di skrin yang lebih besar,” katanya sambil menambah Samsung Galaxy S III dikuasakan Android 4.0, Ice Cream Sandwich (ICS) dan bateri 2,100 mAh.