PELAKON Adi Putra bercerai dengan isterinya, Aida Yusof. Pemain bola sepak Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak pula menarik balik permohonan bercerai dengan aktres Rita Rudaini, manakala pengacara dan pelakon Jimmy Shanley memfailkan permohonan membantah permohonan cerai difailkan isterinya Nursuhaila Eliani Suhaimy, Oktober tahun lalu.
Ini antara kisah cerai membabitkan artis tempatan yang sempat dibaca minggu ini. Selain Adi Putra, artis yang bercerai tahun ini ialah Sharifah Aleya yang bercerai talak satu dengan bekas suaminya, Muhammad Ashraf Assimudin.

Pasti ramai setuju, kisah perceraian artis senang mendapat perhatian masyarakat. Ia ada nilai berita dan sebab itu walau bersusah manapun, wartawan cuba juga untuk menyelongkarnya.
Namun, ada pula yang bising-bising mendakwa media banyak sangat keluarkan cerita artis bercerai-berai, menyebabkan dunia artis dipandang serong. Kononnya cerai-berai sinonim dengan artis. Dalam maksud lain, asal kahwin, artis mesti cerai! Kata mereka, orang lain pun ramai yang bercerai, tapi kenapa hanya artis dipandang serong jika mereka bercerai?

Mereka kena tahu, artis adalah ‘public figure’. Apa saja yang dilakukan, ramai ingin ambil tahu dan sebab itu nilai berita mereka tinggi.
Kes perceraian siapa yang akan mendapat perhatian? Kes Sharifah Aleya (sekadar contoh) atau kes Shida di Gopeng, Perak? Jika menyiarkan kisah perceraian Shida yang juga orang biasa, tentulah tak kenakan kerana ia tidak akan mendapat perhatian.
Lagipun bukan artis saja, ahli sukan dan tokoh politik turut menjadi sasaran media jika mereka bercerai. Bukan saja media di sini, tetapi juga di Barat.