KUALA LUMPUR: “Kami tiada masalah dan merestui hubungannya. Terpulang kepada dia kerana itu pilihannya,” kata Raja Mohammad Rashid Raja Salehuddin, 50-an, bapa kepada Raja Mohammad Syazni, 23, mengesahkan hubungan cinta anaknya dengan penyanyi terkenal Indonesia, Syahrini.
Raja Mohammad Syazni yang mesra disapa dengan nama Bubu menjadi perhatian media Indonesia selepas beliau tampil mengadakan sidang media di sebuah hotel di Jakarta minggu lalu, untuk menjelaskan hubungannya dengan Syahrini atau nama sebenarnya Fatimah Syahrini Zailani, 29.
Raja Mohammad Syazni yang mesra disapa dengan nama Bubu menjadi perhatian media Indonesia selepas beliau tampil mengadakan sidang media di sebuah hotel di Jakarta minggu lalu, untuk menjelaskan hubungannya dengan Syahrini atau nama sebenarnya Fatimah Syahrini Zailani, 29.
Pada sidang media itu, Raja Mohammad Syazni turut menafikan dia berketurunan Batak dari Indonesia seperti didakwa media negara terbabit.
Dia menjelaskan dirinya orang Melayu dari Kuala Lumpur serta kerabat diraja. Sidang media itu turut dihadiri ahli keluarga lain termasuk kakak Raja Mohammad Syazni, Raja Norzafirrah dan ibu Syahrini.
Syarini yang pernah digosipkan dengan penyanyi popular Indonesia Anang turut dikenali dengan lagu polpularnya, Sesuatu. Raja Mohammad Rashid ketika dihubungi Metro Ahad berkata, sejak penyebaran berita terbabit di internet, anaknya yang juga ahli perniagaan di sini menjadi tumpuan media negara seberang itu.
"Dia (Bubu) kini di Indonesia dan mengakui tertekan dengan tumpuan diberikan media di sana, "kata bapa kepada lima anak itu. Menurutnya, dia bersama isteri, Shanim Khanam yang berketurunan Jordan pernah berjumpa Syahrini dan tahu hubungan mereka sejak dua tahun lalu.
Media Indonesia turut melaporkan mengenai dakwaan Raja Mohammad Syazni berketurunan diraja dan cucu Sultan. Pendedahan media Indonesia mengenai hubungan cinta mereka turut menjadikan ia sebagai topik hangat di beberapa laman sembang di Malaysia.
Tinjauan di beberapa laman sembang tempatan juga mendapati bahawa rata-rata tertanya-tanya mengenai identiti Raja Mohammad Syazni yang dikaitkan dengan kerabat diraja.
Ditanya mengenai dakwaan berkenaan, Raja Mohammad Rashid mengakui mereka adalah kerabat diraja iaitu sultan keempat yang memerintah sebuah negara di Semenanjung dari 1826 hingga 1857. "Kami juga mempunyai pertalian dengan Sultan negeri itu sekarang," katanya yang juga bekas penyanyi dan pemain saksofon kumpulan Carefree yang popular dengan lagu Rindu Bayangan lewat 1970-an. Dalam kumpulan Carefree, Raja Mohammad Rashid dikenali denagn nama Wan.
Sebelum itu, ketika ditemubual media Indonesia sempena pernikahan adiknya di Kebun Raya Bogor, Jawa Barat, baru-baru ini, Syahrini mengesahkan bahawa dia menjalin hubungan serius dengan Bubu, menganggap kekasihnya romantis, malah mereka merancang menikah awal tahun depan.
Difahamkan, Raja Mohammad Syazni menjalinkan cinta dengan Syahrini sejak dua tahun lalu selepas pertama kali beliau bertemu ketika penyanyi berkenaan mengadakan persembahan di sini pada Disember 2010. Syahrini yang diperkenalkan dengan jejaka itu menerusi rakannya, dipercayai mula menjalin hubungan percintaan beberapa bulan selepas itu. Sementara itu, carian di internet mendapati Bubu didakwa bekerja disebuah syarikat di Petaling Jaya, namun usaha Metro Ahad unutk mengesahkan status berkenaan tidak berjaya apabila panggilan telefon tidak berjawab. Difahamkan, Bubu kini berada di Indonesia bersama keluarganya.