POKOK SENA: “Mak cik, mak cik...adik dah tidur,” jerit Sofina Zulaikha Mohd Azim, 3, tanpa mengetahui adiknya, Shamina Zulaikha, enam bulan, sebenarnya tidak sedarkan diri sebelum meninggal dunia selepas terkena renjatan elektrik di rumah mereka di Kampung Lanchut Tok Leed, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 10 pagi itu, Shamina dikatakan merangkak sambil bermain-main di sekitar ruang tamu sebelum mencapai wayar penyambung di belakang almari lalu terkena renjatan elektrik yang menyebabkan kematiannya.
Dalam kejadian jam 10 pagi itu, Shamina dikatakan merangkak sambil bermain-main di sekitar ruang tamu sebelum mencapai wayar penyambung di belakang almari lalu terkena renjatan elektrik yang menyebabkan kematiannya.
SURAM...keadaan rumah keluarga bayi yang maut akibat terkena renjatan elektrik.
SHAMINA...genggam wayar elektrik
Selepas mendengar jeritan Sofina Zulaikha, ibu saudaranya, Nor Aina Rosli, 14, yang ketika itu sibuk menyediakan sarapan di dapur, bergegas ke ruang tamu dan terkejut apabila melihat mangsa tertiarap dan tidak sedarkan diri sambil tangan kirinya menggenggam wayar.
Seorang lagi ibu saudara mangsa, Siti Hajar Idris, 26, berkata, hanya tiga orang di rumah itu iaitu mangsa bersama kakaknya dan mereka dijaga Nor Aina. Menurutnya, datuk dan nenek mangsa tiada di rumah kerana keluar menoreh getah, manakala bapanya, Mohd Azim Akmal, 23, keluar bekerja sebagai pendawai elektrik. "Saya dimaklumkan sejurus melihat Shamina terbaring tidak sedarkan diri, Nor Aina cuba menyelamatkannya dengan mengangkat tubuhnya dan ketika itu Nor Aina masih dapat merasakan arus elektrik pada tubuh mangsa.
"Kata Nor Aina, ketika itu Shamina dilihat mengetap bibir seperti menahan kesakitan dan turut ada kesan merah di beberapa bahagian tubuhnya," katanya ketika ditemui di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, semalam. Siti Hajar berkata, tidak dapat dipastikan sama ada ketika itu mangsa masih hidup atau sudah meninggal dunia, namun kematiannya hanya disahkan selepas dibawa ke HSB oleh jiran yang diberitahu mengenai kejadian.
Menurutnya, mangsa memang tinggal di rumah neneknya bersama bapanya sejak kecil lagi berikutan ibunya masih menuntut di Kolej swasta di Pulau Pinang. Sementara itu, ketua Polis Daerah Kota Setar. Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan ketika dihubungi memberitahu kejadian itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut tanpa sebarang unsur jenayah.