KAJANG: Seorang lelaki yang disyaki mencuri sebuah kereta utiliti sukan (SUV) di Batu 9, Cheras, di sini, awal pagi kelmarin kini koma selepas kereta dipandu itu terbabit kemalangan di Jalan Cheras.
Dalam kejadian jam 4 pagi itu, SUV dipandu lelaki berusia 30-an terbabit hilang kawalan dan terbabas sebelum terbalik menyebabkannya tersepit serta parah di kepala. Difahamkan, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu menghantar lelaki terbabit ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan kini koma di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Menurut sumber, pada masa sama, syarikat kereta yang menerima maklumat dari bank untuk menarik kenderaan berkenaan menghantar dua wakil mereka menjejaki pemilik berdasarkan alamat nombor pendaftaran kenderaan itu. “Dua wakil syarikat itu yang pergi ke rumah pemilik kereta berkenaan berdasarkan alamat diberikan terperanjat apabila dimaklumkan ahli keluarga kereta itu baru saja dicuri.
“Namun, keluarga pemilik kereta itu belum membuat laporan polis kerana pemiliknya berada di Ipoh atas urusan kerja dan dijangka pulang hari ini (semalam),” katanya.
Sementara itu, seorang wakil syarikat kereta yang dikenali sebagai Kam, ketika dihubungi enggan mengulas lanjut kejadian itu dan memberitahu kes berkenaan sudah diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.
“Kami hanya menjalankan tugas sebaik menerima aduan mengenai sebuah kenderaan yang terbabit kemalangan dan perlu ditunda. “Bagaimanapun, kami diberitahu lelaki itu koma menyebabkan usaha menjejaki keluarganya dilakukan bagi meneruskan urusan berkenaan,” katanya. Kam berkata, sebaik menemui keluarga pemilik kenderaan itu, dia terkejut kerana kenderaan itu dilaporkan hilang dan dibawa lari awal pagi iaitu beberapa jam sebelum kemalangan.