Pelakon dan pelawak, Zizan Abdul Razak atau Zizan (Raja Lawak) telah dikejarkan ke Pusat Perubatan Pantai pada 29 April akibat keradangan otot. Zizan
Raja Lawak Sakit, Terlantar di Wad. Pengacara Melodi Zizan Raja Lawak
sakit dan terlantar di wad Pusat Perubatan Pantai. Khabar angin
mengatakan, Zizan terlantar sakit di wad kerana gastrik, tetapi itu
hanyalah khabar angin sahaja.
Sebenarnya, setelah membuat ujian darah sebanyak dua kali, doktor mengesahkan Zizan mengalami ‘Acute Myositis’ atau lebih dikenali dengan keradangan otot. "Setibanya di unit kecemasan hospital tepat pukul 1.30 pagi, doktor telah membuat ujian darah sebanyak dua kali.
Zizan turut diberikan protein, vitamin dan antibiotik untuk memberikannya tenaga dan setakat ini keadaan Zizan adalah stabil. Doktor telah menasihatkan supaya Zizan berehat selama dua minggu sebelum kembali bekerja.
Kalau ada yang perasan semasa rancangan Super Spontan di Astro Warna minggu lepas, Zizan seperti kurang sihat dan asyik batuk-batuk semasa game yang terakhir.
Semasa rancangan Melodi pun Zizan tiada dan tugas beliau sebagai pengacara Melodi buat masa ini di ganti oleh Wahid Senario sementara menunggu Zizan sembuh.
Apa-apa pun, semoga Zizan cepat sembuh dan dapat menjalankan tugas seperti biasa. Pasti tidak ceria kalau Super Spontan tanpa kelibat beliau nanti.