KUALA NERANG: “Pada Khamis lalu, dia berlawak dengan rakan sekolah memakai lilitan di kepala seolah-olah jenazah dikafankan,” kata Yusof Awang, 59, datuk saudara kepada Muhammad Fariz Najmi Norizan, 9, yang maut selepas digilis traktor pembajak sawah di Kampung Kubang Palas, di sini, kelmarin.
Yusof berkata, dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, Muhammad Fariz mengikut bapa saudaranya, Habibullah Halim, 30-an, yang memandu jentera itu untuk membajak sawah berhampiran rumahnya dan dia dikatakan duduk di sebelah tempat duduk pemandu.
Selepas membajak tidak sampai 30 meter, Habibullah tersedar arwah tiada di sebelah.
Apabila dia memandang ke belakang arwah dilihat sudah terbaring dengan badannya disaluti lumpur serta berlumuran darah. "Saya berlari bagi mendapatkan arwah, namun dia sudah meninggal dunia kerana cedera teruk di kepala dan beberapa bahagian badan akibat digilis. "Mungkin ketika Habibullah menuruni tebing sawah, jentera dipandunya tidak stabil menyebabkan arwah terjatuh ke dalam sawah sebelum bilah traktor itu menggilisnya,"katanya ketika ditemui Harian Metro di rumahnya, di sini, semalam.
Yusof berkata, arwah murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Palas, di sini, adalah anak ketiga daripada empat beradik.
"Arwah seorang yang ceria dan aktif serta pandai bersembang dengan orang tua, namun dalam sehari dua lalu dia menjadi seorang yang pendiam. "Malam Jumaat lalu, arwah ada datang ke rumah saya dan makan malam bersama, saya sudah nampak perubahan diri kerana dia tidak banyak bercakap, tetapi tidak mengesyaki apa-apa.
"Lebih menyedihkan apabila guru di sekolahnya memberitahu pada Khamis lalu, arwah ada membuat lilitan di kepalanya seperti jenazah dikafankan," katanya. Bapa dan ibu mangsa, Norizan Halim, 40-an dan isterinya, Razamah Abdullah, 40, enggan ditemu bual kerana terlalu sedih dengan kematian anak mereka.