IPOH: Seorang remaja lelaki menikam perut dan dada ayahnya dengan dua pisau hingga mati sebelum membuat laporan polis palsu kononnya mangsa diserang perompak yang memecah masuk rumah mereka di Taman Bersatu, Simpang Pulai, di sini, awal pagi semalam.
Suspek terbabit berusia 15 tahun yang juga anak sulung mangsa turut menyelerakkan perabot dalam rumah supaya kejadian itu kelihatan seperti rompakan.
Suspek terbabit berusia 15 tahun yang juga anak sulung mangsa turut menyelerakkan perabot dalam rumah supaya kejadian itu kelihatan seperti rompakan.
TRAGEDI...ahli keluarga membawa mayat mangsa keluar dari bilik mayat
Hospital Raja Permaisuri Bainun, semalam. Gambar kecil, Jaswant maut.
Sumber polis berkata, mangsa seorang jutawan syarikat kayu dikenali sebagai Jaswant Singh Udan Singh, 40, dan kejadian berlaku jam 1.30 pagi.
Menurutnya, suspek yang masih bersekolah di tingkatan tiga itu membunuh ayah kandungnya kerana berang dengan sikap mangsa yang sering memukul ibunya.
“Kejadian berlaku ketika mangsa dan suspek tinggal berdua di rumah teres dua tingkat itu manakala isteri mangsa, Kamaljit Kaur, 35, serta seorang lagi anak berusia 13 tahun berada di rumah ibu mentuanya. "Berdasarkan siasatan awal, suspek dipercayai bertengkar dengan mangsa sebelum dia menikam bapanya dalam sebuah bilik di tingkat bawah rumah. "Suspek kemudian memandu kereta Mercedes Benz baru milik ayahnya ke balai polis Simpang Pulai dan membuat laporan polis kononnya rumah mereka dipecah masuk dan bapanya cedera, " katanya.
Sumber itu berkata, polis bergegas ke rumah mangsa dan mendapati mangsa terbaring berlumuran darah manakala keadaan dalam rumah bersepah seolah-olah di geledah. "Bagaimanapun, polis yang melakukan siasatan mengesyaki sesuatu tidak kena lalu menyoal siasat mangsa yang mengaku membunuh bapanya. "Malah, suspek turut menunjukkan tempat dia membuang dua pisau digunakan untuk menikam bapanya di satu kawasan padang permainan berhampiran tempat kejadian, "katanya.
Sementara itu, ketua Jabatan Siasatan jenayah Perak, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, ketika membuat laporan polis, suspek mendakwa dia baru pulang ke rumah dan melihat pintu ditingkat atas rumah terbuka disebabkan tindakan penjenayah.
"Bagaimanapun, selepas di soal siasat suspek mengaku menikam ayahnya kerana berang dengan sikap mangsa yang menurutnya kerap memarahi dan memukul ibunya. "Suspek kini direman seminggu bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun keseksaan," katanya.
Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh unutk mendapat perintah tahanan reman jam 10 pagi semalam, diiringi tiga anggota polis.