TAIPING: “Biarpun bermandi darah akibat ditikam bertubi-tubi oleh perompak, saya tetap melawan dalam keadaan pisau masih tertusuk di dada,” kata Norziatul Akma Tajuddin, 22, yang menjadi mangsa serangan seorang perompak, tengah hari semalam.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, mangsa yang menjaga kedai dobi milik kakaknya di Jalan Air Kuning, Changkat Jering, dekat sini, ditikam empat kali oleh seorang lelaki yang menyamar pelanggan.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, mangsa yang menjaga kedai dobi milik kakaknya di Jalan Air Kuning, Changkat Jering, dekat sini, ditikam empat kali oleh seorang lelaki yang menyamar pelanggan.
PARAH...Norziatul Akma terlantar
di hospital akibat ditikam penjenayah.
Norziatul Akma berkata, lelaki tempatan yang berusia awal 20-an itu masuk ke kedai dan berpura-pura bertanya harga upah bagi membasuh kain langsir seberat satu kilogram. “Disebabkan tidak pasti berapa harganya, saya segera menghubungi kakak (Rosliana Tajuddin, 28) yang ketika itu berada di rumah untuk mendapatkan kepastian.
“Bagaimanapun, lelaki itu tiba-tiba meluru sebelum mengeluarkan pisau dan meletakkannya di leher saya. Dia kemudian mengarahkan saya supaya jangan melawan dan menyuruh saya berjalan ke arah belakang premis,” katanya yang masih dirawat di Wad 17, Hospital Taiping, di sini.
Selepas menyedari suspek berniat jahat mahu mencabulnya, Norziatul Akma cuba melawan dengan menolak lelaki berkenaan.
"Bagaimanapun saya ditikam dibahagian rusuk sebelum dia cuba mengheret saya ke belakang kedai. Saya masih melawan dan lelaki itu sekali lagi menikan saya di tempat sama.
"Munkin kerana geram dengan tindakan saya, suspek menikam pula tangan dan bahagian atas dada saya. Suspek kemudian merampas dompet dan telefon bimbit saya sebelum melarikan diri," katanya.
Menurutnyam dia kemuidan berjalan keluar dalam keadaan berlumuran darah ke kaki lima kedai untuk memndapatkan bantuan orang ramai. Sementara itu, Rosliana ketika dihubungi berkata, dia meyedari sesuati tidak baik berlaku apabla mendengar jeritan adiknya melalui telefon bimbit.
"Saya dan suami bergegas ke kedai dobi itu sebelum mendapati Norziatul dalam keadaan berlumuran darah. Dia yang ketika itu masih sedarkan diri kemudian berjalan masuk ke kereta untuk dihantar ke Hospital Taiping.
"Saya tergamam apabila mendapati sebilah pisau lipat masih melekat di atas dadanya. Bagaimanapun saya tidak berani berbuat apa-apa kerana bimbang kecederaan dialami menjadi bertambah serius." katanya.
Menurutnya, adiknya itu yang diberikan rawatan kecemasan bagaimanapun berjaya diselamatkan doktor walaupun salah satu tikaman hampir mengenai paru-parunya. Sementara itu, bapa saudara mangsa, Mohd Nawawi Ismail, 57, berkata dia terkejut kerana penjenayah berkenaan berani melakukan onar pada waktu tengah hari secara bersendirian.
"Saya bersyukur kerana nyawa anak saudara saya masih panjang dan berharap penjenayah terbabit menerima hukuman setimpal," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten KOmisioner Yusuf Mohd Diah berkata, mangsa dipercayai diserang seorang lelaki tempatan berusia awal 20an yang datang ke kedai berkenaan menaiki motosikal.