Sekembalinya daripada mengerjakan umrah pada 26 Mac lalu, pelakon popular Abby Abadi mengambil keputusan untuk terus berhijab. Katanya, keputusan untuk bertudung bukan kerana sudah mengerjakan ibadat umrah, tetapi menyedari ia adalah tuntutan sebagai seorang muslimah.
"Alhamdulillah, apa yang saya lakukan ini semuanya kerana Allah SWT. Ikutkan niat untuk bertudung sudah lama, Cuma saya tidak mahu lakukan atas desakan orang lain. Saya mahu perubahan itu biarlah daripada hati saya sendiri. Dan bila berada di sana, saya terbuka hati untuk terus berhijab bila pulang nanti.
"Alhamdulillah, apa yang saya lakukan ini semuanya kerana Allah SWT. Ikutkan niat untuk bertudung sudah lama, Cuma saya tidak mahu lakukan atas desakan orang lain. Saya mahu perubahan itu biarlah daripada hati saya sendiri. Dan bila berada di sana, saya terbuka hati untuk terus berhijab bila pulang nanti.
Abby Abdi kini bertudung
"Saya juga bersyukur kerana sepanjang berada di sana segala ibadah saya dipermudahkan oleh-Nya. Saya rasa lebih tenang dan belajar banyak perkara yang mana sebelum ini saya buat sambil lewa sahaja.
Saya rasa inilah satu-satunya peluang yang ada untuk saya perbetulkan apa yang kurang dalam diri saya," kongsi Abby yang menganggap pemergiannya ke Kota Mekah sebagai satu kenangan yang cukup indah.
Pelakon berusia 34 tahun itu berhasrat memakai tudung telah lama dipendam kerana enggan penghijrahannya itu dianggap sebagai mempersendakan agama."Saya juga berharap perubahan ini tidak akan menjadi masalah dan beban buat orang sekeliling. Apatah lagi hal bertudung ini sering diperkotak-katikkan, terutama apabila ia membabitkan individu yang memilih kerjaya seni untuk mencari rezeki," katanya sambil menjelaskan karier seni tetap berjalan seperti biasa.
"Saya juga tidak terkilan sebelum ke sana, tawaran berlakon juga banyak. Hampir 5 hingga 6 tawaran berlakon saya terima, tetapi terpaksa ditolak secara baik kerana produksi tidak dapat menunggu tetapi saya tidak ralat kerana percaya tetap ada," katanya.
"Saya ke sana pula bukan atas alasan membawa hati yang kecewa. Sebaliknya, sebagai umat Islam mengerjakan umrah menjadi tuntutan buat kita," katanya.