KITAB Injil berusia 1,500 tahun yang ditemui di Turki dan dikatakan mencatat ramalan kedatangan Nabi Muhammad.
ANKARA: Satu naskhah kitab Injil
berusia 1,500 tahun yang mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai
kedatangan Nabi Muhammad menarik perhatian Vatican apabila pemimpin
agama Roman Katolik, Pope Benedict XVI, dilaporkan meminta untuk melihat
kitab itu, yang disembunyikan di Turki sejak 12 tahun lalu.
Menteri
Kebudayaan dan Pelancongan Turki Ertugrul Gunay, memberitahu akhbar
Daily Mail, naskhah yang dianggarkan bernilai AS$22 juta (RM66 juta) itu
mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad.
Bagaimanapun Gereja Kristian
menghalang maklumat itu daripada disebarkan dan diketahui ramai selama
bertahun-tahun, berikutan persamaannya dengan pandangan Islam mengenai
Nabi Isa, katanya.
Dalam Islam, Nabi Isa dilayan
sebagai manusia, bukan Tuhan. Ia menolak idea Holy Trinity dan
penyaliban serta mendedahkan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi
Muhammad.
Dalam satu versi kitab Injil
itu, Nabi Isa dikatakan bercakap dengan paderi: Bagaimana hendak
memanggil penyelamat itu? Dia Mohammed adalah nama diberkati.
Dalam satu lagi catatan, Nabi
Isa menafikan beliau adalah penyelamat sebaliknya orang itu datang dari
golongan Ismaili merujuk kepada bangsa Arab keturunan Nabi Ismail.
Menurut
laporan, umat Islam mendakwa naskhah itu, yang dikatakan ramai ialah
Injil Saint Barnabas, adalah tambahan kepada Injil asli Mark, Matthew,
Luke dan John.
Saint Barnabas secara tradisi
dikenali sebagai pengasas Gereja Cypriot dan seorang mubaligh era awal
perkembangan agama Kristian.
Gunay berkata, kitab Injil
berkenaan ditulis tangan di atas kulit haiwan dengan emas menggunakan
bahasa Aramaik (dipercayai hampir serupa dengan bahasa Hebrew).
Beliau berkata, Vatican secara
rasmi meminta untuk melihat buku itu, yang ditemui Turki ketika operasi
antipenyeludupan pada 2000. Kumpulan samseng dilaporkan menyeludup
pelbagai artifak purba.
Ia
dikawal ketat oleh pihak berkuasa sebelum diserahkan kepada Muzium
Etnografi Ankara dan akan dipamerkan tidak lama lagi. Salinan muka surat
tunggal yang ditulis Nabi Isa dilaporkan bernilai AS$2.4 juta (RM7.2
juta).