Nampak sedap sangat kan? Tapi pernah tak terfikir makanan yang selama ni kita makan, ada keburukannya, tambah lagi seorang pelajar. Yang duduk di asrama memang tak der kesempatan nak masak yang sedap. Kalau duit pinjaman atau duit belanja yang mak ayah bagi tak mencukupi terpaksala ikat perut. Jalan terbaik yang ada untuk berjimat ialah makanan segera yang memang mudah di masak dan yang paling penting murah. Diantara makanan segera yang murah dan tidak berkhasiat yang selalu diamalkan oleh kebanyakan orang ialah seperti:
MEE SEGERA
Tahu tak kenapa mee segera boleh tahan lama dalam keadaan keras dan akan menjadi lembut apabila direndam dengan air panas? Ini disebabkan oleh kandungan wax(lilin) dalam mee tersebut yang membolehkannya tahan lama. Katakanlah, hari ini anda makan mee segera, dan esoknya korang terasa nak makan mee segera lagi, jangan makan OK. Pastikan anda makan 3 hari berikutnya kerana wax mengambil masa selama 3 hari untuk dihadam. Bayangkanlah kalau anda makan mee segera setiap hari, berapa banyak kandungan wax yang terkumpul dalam perut anda. Ini sebenarnya boleh menyebabkan kanser yang boleh membawa maut.
SARDIN
Pemerhatian pertama atau kes pertama yang digunakan sebagai bahan bukti betapa buruknya amalan makan sardin ialah ketumbuhan fibroid di dalam rahim. Fibroid sebenarnya sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam ti ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser ada benign atau malignan.
MINUMAN 3 IN 1
Persatuan Pengguna Pulau Pinang(CAP) mendakwa seorang yang minum sebanyak 20 gelas 3 in 1 dalam masa sebulan berpontensi untuk menghidap lebih dari 60 jenis penyakit kronik. Berdasarkan kajian yang telah dibuat sejak 10 tahun lalu ke atas satu pek minuman coklat 3 in 1 seberat 28gram, terdapat 55.6% kandungan gula di dalamnya yang bersamaan 3 sudu teh manakala kopi (20gram) ialah sebanyak 51.5% kandungan gula yang dimasukkan dalam pek itu kini ditambah sebanyak dua kali ganda selain krimmer.
PANADOL
Panadol adalah ubat yang bertoksik kepada tubuh manusia. Ia akan merosakkan organ hati dan Panadol akan tinggal di dalam tubuh manusia sekurang-kurangnya 5 tahun. Panadol ini sebenarnya adalah sejenis "painkiller", semakin banyak kita consumed, semakin lama semakin kurang kesannya pada badan kita. Bererti kita perlukan dos yang lebih tinggi lagi bila ia kurang berkesan. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat secara pembedahan, ubat tahan sakit yang perlu diambil mestilah dos yang tinggi. Tapi kalau terlalu banyak mangambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup dos ubat tahan sakit yang diberikan tadi memberikan kesan sifar terhadap kesakitan yang kita alami dan kita perlukan ubat yang lebih kuar lagi untuk mengurangkan rasa sakit.