'Flat bunuh diri' di Jalan Tun Dr Ismail, Lobak ragut satu lagi nyawa petang semalam.
SEREMBAN: "Sebaik mendongak selepas terdengar bunyi bising, saya nampak seorang lelaki melompat seperti mahu 'terbang' dari tingkat 14, menyebabkan saya melarikan diri kerana bimbang dihempapanya.
"Amat mengerikan apabila lelaki itu jatuh tertiarap hanya beberapa meter dari tempat saya berdiri denagn perut terburai dan otak bersepai."
ANGKAT..Anggota Polis mengangkat mayat mangsa untuk dibawa ke Hospital
Demikian kata D Parameswary, 56, saksi satu lagi kejadian bunuh diri di Rumah Pangsa Jalan Tun Dr Ismail, Lobak di sini, petang semalam.
Harian Metro pernah melaporkan penduduk memberikan jolokan kawasan penempatan itu sebagai 'flat bunuh diri' kerana sering menjadi pilihan individu untuk membunuh diri dan lebih 60 kes dilaporkan sejak flat itu mula diduduki pada 1960-an.
Dalam kejadian yang berlaku jam 5 petang semalam, mangsa, Chong Foo Sam, 45, terjun dari tingkat paling atas dan tubuhnya terhempas di anjung tingkat satu bersebelahan rumah Parameswary.
"Memang banyaj kejadian bunuh diri di flat ini sebelum ini, tapi saya tak sangka akan melihatnya betul-betul di depan mata dan ia sangat mengerikan," kata Parameswary ketika ditemui di tempat kejadian.
Saksi lain, N Sriphoti, 27, yang tinggal di tingkat lapan berkata, sebelum kejadian dia melihat seorang lelaki duduk di koridor dengan kedua kakinya terjulur ke bawah."Melihat keadaan itu, saya dapat mengagak lelaki itu mesti mahu bunuh diri. Saya kemudian berlari menaiki tangga menuju ke tingkat 14 unutk menyelamatkannya.
"Bagaimanapun, ketika saya baru sampai di tingkat 13, mangsa sudah terjun dan saya agak kecewa kerana gagal menghalangnya daripada membunuh diri," katanya.
Difahamkan, mangsa tnggal di rumah perlindunganorang tua di Rantau, dekat sini, bersama ibunya berusia 70-an dan dia mengambil keputusan membunuh diri berikutan tidak tahan hidup miskin dan menghidap barah limpa sejak beberapa tahun lalu. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes berkenaan.