KUANTAN: ‘Baby...tolong kakak,’ jerit seorang remaja perempuan berusia 15 tahun sebelum dipercayai diculik tiga individu termasuk seorang wanita ketika dalam perjalanan pulang selepas membeli kad prabayar bersama dua adiknya kira-kira 100 meter dari rumahnya di Taman Tas, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 3 petang itu, Siti Nur Fatihah Mahadi, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pandan di sini, diseret ke dalam sebuah kereta Honda berwarna ungu gelap yang berhenti di depan kedai berkenaan sebelum memecut meninggalkan kawasan itu.
Ketika kejadian, Siti Nur Fatihah bersama dua adiknya, Muhammad Syahmi Aiman dan Siti Nurul Aisyah, 11, dalam perjalanan pulang ke rumah mereka.
Menceritakan kejadian itu, Nurul Aisyah berkata, tiba-tiba kereta dipandu seorang wanita berhenti di depan mereka sebelum seorang lelaki yang duduk di belakang keluar dan menarik kakaknya masuk ke dalam kenderaan itu.
"Kakak menjerit kepada Muhammad Syahmi 'Baby...tolong kakak' sebelum dia dan saya cuba menyelamatkan kakak dengan menarik tangannya sekuat hati," katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.
Menurutnya, dalam kelam kabut itu, dia dan Muhammad Syahmi turut menjerit meminta tolong, namun lelaki berkenaan bertindak menyiku kepala kakaknya dua kali sebelum genggaman mereka terlepas.
"Tangan saya nyaris tersepit apabila lelaki berkenaan menarik kakak dan menutup pintu kereta dengan kuat sebelum mereka melarikan diri," kata pelajar tahun lima Sekolah Kebangsaan (SK) Abdul Fakeh Abdul Samad, disini.
Nurul Aisyah berkata, dia dan Muhammad Syahmi bergegas pulang ke rumah memberitahu kejadian itu kepada ibu mereka, Nor Mala Mohd Lazin, 33.
Nor Mala berkata, dia terkejut apabila mereka pulang ke rumah sambul meraung memberitahu kakak diculik.
"Berderau darah saya ketika itu apabila mendengar apa dikatakan mereka," kata suri rumah itu.
Menurutnya, anak sulung daripada tiga beradik itu sudah ke kekdai berkenaan untuk membayar bil Internet dan ketika dia hendak keluar semula untuk membeli kad prabayar di kedai berkenaan. Nur Fatihah ada memberitahu dia tidak sedap hati.
Saya menyuruhnya solat Zuhur dulu sebelum pergi semula ke kedai berkenaan dan dia sempat makan nasi ayam yang saya masak," katanya.
Ketika kejadian, suaminya, Mahadi Muda 40, berada di Paka, Terengganu kerana memandu lori.
Dia merayu kepada mereka yang melarikan Nur Fatihah supaya tidak mengapa-apakannya dan memulangkan segera anaknya itu kepadanya.
"Saya amat bimbang keselamatannya dan kejadian ini amat menyedihkan kami sekeluarga apatah lagi ia berlaku selepas tiga hari kami menyambut hari lahir bapanya pada 17 Mac lalu.
"Saya berharap sangat sesiapa yang ada maklumat atau tahu di mana Nur Fatihah berada supaya menghubungi saya di 0199813361 atau 0199897807," katanya.
Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Deputi Superitendan Kamaruzzaman Jaafar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan yang dibuat Nor Mala kira-kira jam 4 petang kelmarin.
Katanya, siasatan lanjut masih dilakukan dan pihaknya akan meneliti segenap sudut dalam menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana culik daripada penjaga yang sah.
"Siasatan awal polis percaya mangsa dilarikan orang dikenali kerana ada saksi meluhat dan mendengar mangsa menghubungi seseorang supaya menjemputnya di situ," katanya.