Nyawa Nurul Nadirah Abdullah yang lebih mesra dipanggil Dirang, diragut secara kejam apabila mangsa dipercayai dicekik sampai mati sebelum mayat kanak-kanak malang itu dimasukkan ke dalam lubang dan dibakar di kawasan perumahan terbengkalai di Nusa Damai, Masai di sini.
Polis tidak menolak kemungkinan dendam peribadi terhadap keluarga Nurul Nadirah ,5 atau Dirang menjadi motif di sebalik penculikan dan pembunuhan kejam kanak-kanak berkenaan. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin berkata, setakat ini empat suspek termasuk tiga ditahan beberapa jam selepas laporan kehilangan Dirang dibuat neneknya pada 1 Mac lalu.
"Bantuan segera daripada masyarakat membolehkan polis menangkap tiga suspek beberapa jam selepas laporan dibuat. Suspek keempat ditahan beberapa hari kemudian. Dengan empat penangkapan ini, kami percaya polis berada di landasan yang betul untuk penyelesaian kes ini.
Seorang daripada empat suspek yang ditahan mengaku membunuh Dirang, 5, dengan cara mencekik mangsa sebaik sahaja kanak-kanak itu diculik ketika keluar dari rumah seorang diri di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang di sini. Ketika itu mangsa hendak pergi ke kedai.
Selepas mangsa sudah tidak bernyawa, mayat Dirang dibawa ke kawasan rumah terbengkalai kira-kira lima kilometer dari rumah mangsa dan dibakar.
Sumber itu memberitahu, suspek yang tinggal tidak jauh dari rumah mangsa mendakwa dia bertindak demikian kerana dendam selepas pernah dihina dan dipandang rendah oleh nenek mangsa.
“Dirang terus dibunuh dan dibakar pada hari dia hilang pada 1 Mac,” kata sumber itu.

perlukah kerana dendam dengan nenek, cucu jadi mangsa. Semoga roh Dirang tenteram...
Tak patuttt..