Awalnya, masyarakat mendapat berita mengenai kehilangan seorang kanak kanak perempuan berusia 5 tahun, Nurul Nadirah Abdullah ketika disuruh ibunya membeli mee segera dan telur secara bersendirian di kedai berhampiran rumahnya. Dalam status Facebook yang disebarkan itu, ada dinyatakan kanak kanak itu hilang dan ibunya leka bermain Facebook.
Masyarakat
prihatin sangat berang dengan tindakan si ibu yang tergamak menyuruh
kanak kanak yang hanya baru berusia 5 tahun keluar rumah bersendirian
tanpa pengawasan. Sejujurnya, kami juga mengutuk keras tindakan si ibu. Kerana leka bermain Facebook, anak hilang!
Kemudian, selepas polis menyiasat, motif kehilangan Nurul Nadirah Abdullah adalah disebabkan dendam. Khamis lepas, 8 Mac 2012, satu rangka manusia rentung ditemui di ladang kelapa sawit Nusa Damai, menimbulkan andaian rangka rentung itu adalah Nadirah atau dipanggil Dirang oleh keluarganya.
Hari ini, menurut laporan Berita Harian, rangka rentung yang ditemui di ladang kelapa sawit itu sah milik adik Nurul Nadirah Abdullah.
Al Fatihah. Sememangnya pembunuh sangat kejam kerana menjadikan seorang
kanak kanak yang tidak berdosa sebagai objek membalas dendam. Kami
sangat simpati kepada Nadirah dan kepada ibunya semoga ianya menjadi pengajaran kepada semua ibubapa supaya tidak terlalu memandang remeh tentang keselamatan anak-anak terutama yang masih kecil.
Ada yang
mengatakan Nadirah sudah dibenarkan bermain di luar rumah sejak berumur 3
tahun tanpa pengawasan. Korang ada akal, korang boleh fikir sendiri
kan?