KAJANG:
Juara Akademi Fantasia ke-3 (AF3), Asmawi Ani atau Mawi hanya
memikirkan keselamatan bayinya, Cahaya Malaika yang berusia sebulan
sebaik dikejutkan perompak yang mengacukan parang ke mukanya.
Dia yang baru melelapkan mata sebaik tiba di kediamannya di Bangi Golf Resort, di sini, pada jam 2 pagi semalam selepas menyertai Konsert Jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 di Pasir Gudang, Johor, bimbang empat lelaki bersenjatakan parang itu mencederakan anak sulungnya itu.
Dia yang baru melelapkan mata sebaik tiba di kediamannya di Bangi Golf Resort, di sini, pada jam 2 pagi semalam selepas menyertai Konsert Jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 di Pasir Gudang, Johor, bimbang empat lelaki bersenjatakan parang itu mencederakan anak sulungnya itu.
DICEROBOH..Mawi menunjukkan tingkap belakang rumahnya yang digunakan perompak untuk memecah masuk.
Bagaimanapun, Mawi berkata, dia bersyukur apabila melihat perompak terbabit tidak mengapa-apakan anaknya yang tidur nyenyak.
Menceritakan detik cemas itu, Mawi, 31, berkata, empat lelaki warga asing terbabit dipercayai memecah masuk banglonya melalui tingkap tepi yang tidak mempunyai gril selain menggunakan tangga untuk memanjat pagar.
Menurutnya, dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, dia, isteri, Nor’Ashikin Rahmat, 32, atau Ekin serta ibu mentuanya, Fatimah Saad, 55, tidur sebilik manakala nenek mereka, Salmah Sahan, 77, berada di bilik sebelah manakala seorang pembantu rumah di tingkat bawah.
"Sebaik masuk melalui tingkap, mereka menuju bilik nenek sebelum mengikat dan membawanya ke bilik saya."
"Isteri saya terjaga selepas terdengar ketukan pintu, namyn sebaik dibuka, tiga daripada empat lelaki terbabit menyerbu masuk lalu mengacukan parang dilehernya. Ekin dan ibu mertua saya kemudian diikat," katanya.
Mawi juga terkejut apabila melihat seorang lelaki mengacukan parang ke mukanya.
Kataya, lelaki itu turut mengarahkannya supaya tidak membuat bising sebelum mengikat kedua-dua tangan dan menutup mukanya dengan baju.
"Dalam tempoh kurang 20 minit, mereka menggeledah kedua-dua bilik tidur dan merampas barang berharga sebelum keluar melalui tingkap sama," katanya lebih RM10,000 membabitkan empat telefon bimbit, barang kemas dan wang tunai.
Penyanyi yang pernah meletup dengan lagu Aduh Saleha tujuh tahun lalu, berkata kejadian samun itu menimpanya kali kedua selepas 2008 ketika mereka tiada di rumah dan hanya kehilangan sebuah tabung.
Tiga daripada empat lelaki terbabit memakai topeng dan membawa parang meminta Mawi menyerahkan emas dan wang tunai.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab mengesahkan kejadian dan kes disiasat mengikut seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu rompakan berkumpulan dan rompakan dengan senjata.
Katanya, siasatan awal mendapati rumah berkenaan tiada sistem penggera keselamatan serta mempunyai pengawal keselamatan di pintu masuk dan keluar kawasan perumahan. Setakat ini polis sudaj menahan tiga lelaki warga Indonesia berusia 20-an dan bekerja sebagai buruh binaan di kawasan berhampiran.
Semua mereka ditahan tiga jam selepas Mawi membuat laporan polis.