KUALA LUMPUR, 26 MAC 2012: Kediaman juara Akademi Fantasia musim ke 3, Mawi yang terletak sebuah kelab golf di Bandar Baru Bangi dikatakan telah dirompak dalam satu kejadian yang berlaku sekitar 4 awal pagi tadi selepas pulang dari siri Jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH)
Dalam kejadian itu, Mawi atau nama sebenarnya, Asmawi Ani, 31, sedang berada di rumah bersama isteri, Nora'Asikin Rahmat atau Ekin, 32, bersama anak dan ibu mertuanya (Fatimah Saad).
Dalam kejadian itu, Mawi atau nama sebenarnya, Asmawi Ani, 31, sedang berada di rumah bersama isteri, Nora'Asikin Rahmat atau Ekin, 32, bersama anak dan ibu mertuanya (Fatimah Saad).
Ekin ketika ini masih berpantang selepas melahirkan anak pertama mereka, Cahaya Malaika, 28 Februari yang lalu. Manakala ibu mertua Mawi telah tinggal bersama mereka untuk menjaga Ekin yang kini didalam pantang.
Berdasarkan laporan berita yang disiarkan tengahari tadi, Mawi dan ahli keluarganya (kecuali anak Mawi dan pembantu rumah) telah diikat dan barangan bernilai RM10,000 telah dilarikan perompak tersebut. Mereka dikatakan dipaksa menyerahkan wang dan barang kemas termasuk dompet dan telefon bimbit milik Mawi.
Sehingga kini Mawi masih lagi tidak dapat dihubungi kerana telefon bimbit penyanyi berkenaan dan isteri turut sama dilarikan perompak berkenaan.
Malah difahamkan mereka sekeluarga masih lagi trauma dengan kejadian yang berlaku awal pagi tadi. Setiap satu yang berlaku pasti ada hikmahnya, dan bersyukur kerana tiada kecerderaan yang berlaku.