Hampir 4 tahun pelakon berdarah campuran ini mengikuti jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH). Diana Danielle Danny Beeson, 20, merasakan jelajah ABPBH 2011 di pusat membeli belah SACC Mall, Shah Alam, Berjaya Megamall, Kuantan dan Dataran Pahlawan Mall di Melaka. Sepanjang menyertai aktiviti ini, dia begitu gembira kerana dapat bertemu secara langsung dengan peminat atau orang ramai.
“Saya sudah banyak mengikuti jelajah ini sejak beberapa tahun lalu, dan setiap kali ia diadakan saya dapat menimba sesuatu yang baru, seperti dapat berjumpa dengan muka-muka baru serta peminat yang begitu teruja berpeluang bersemuka dengan artis kesayangan mereka.
“Jelajah ABPBH adalah suatu acara yang mana artis dapat merapatkan lagi hubungan bersama peminat mereka dan sememangnya jika saya tiada aktiviti, saya akan mengikuti jelajah di negeri lain. Saya akan cuba pergi ke sebanyak jelajah yang saya boleh,”katanya.

Mula dicalonkan dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular pada 2008, tahun ini Diana tersenarai di dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular di samping Eja, Lisa Surihani, Maya Karin dan Yana Samsudin.
Di sebalik bersyukur kerana dicalonkan walaupun hanya berlakon dalam satu filem tahun lalu iaitu Dalam Botol, Diana tidak meletakkan harapan yang tinggi dan merasakan tahun ini kemenangan berhak diberikan kepada Maya Karin, kerana melihat kepada prestasi lakonannya dalam Ombak Rindu.

“Karakter yang dibawakan oleh Maya dalam Ombak Rindu memberi impak yang kuat dalam dunia lakonan dan melihat kepada keupayaannya, saya mahu melihat Maya memegang trofi Pelakon Filem Wanita Popular ABPBH kali ini.
“Saya tengok dari barisan filem tahun lalu, saya dapatkan rasakan kemenangan di pihak dia,” katanya yang baru saja habis dengan penggambaran filem komedi, Hantu Gangster.
Selain itu, Diana juga akan ke layar perak apabila empat filem lakonannya akan ditayangkan pawagam tahun ini termasuk Jiwa Taiko, Azazil dan Spilt Gravy On Rice.
Sementara itu, mahu berehat sebentar dari dunia lakonan, gadis kelahiran Amerika Syarikat ini berhajat untuk beralih sebentar dan fokus kepada minatnya dalam seni muzik. Sudah sekian lama, niatnya itu tertangguh dek kerana sibuk dengan lakonan, lantas tahun ini dia mahu menghasilkan lagu ciptaannya sendiri.
“Sekarang saya sedang belajar cara-cara untuk menghasilkan lagu bersama dengan beberapa komposer dan artis yang akan saya bekerjasama nanti. Buat masa ini, usaha ini masih samar-samar lagi dan sekiranya sudah mempunyai hasil, akan saya beritahu kelak.
“Sememangnya saya sudah menulis lagu sejak umur 11 tahun lagi, yang mana sebenarnya minat saya dalam bidang seni lebih kepada muzik tapi rezeki lakonan lebih mencurah.
“Selepas kira-kira enam hingga tujuh tahun sibuk berlakon, kini saya mahu fokus dengan dunia muzik pula, dan setakat ini sudah lapan lagu saya tulis. Saya tidak mahu bekejar-kejar dan biarlah usaha ini dikeluarkan apabila tiba masa sesuai nanti,” tambahnya yang akan keluar dengan single yang bergenrekan pop.