Keluarga diancam, rumah cuba dipecah masuk, adik Roselyn dikejar lelaki tidak dikenali.
Seri Alam; Belum hilang rasa sedih selepas pemergian Nurul Nadiah Abdullah, 5, atau Dirang pada 1 Mac lalu, keluarga terancam berikutan beberapa insiden dilalui keluarga berkenaan dengan terbaru cubaan memecah mesuk rumah mereka di Flat Seri Delima, Bandar Baru Seri Alam.
Dalam kejadian jam 1 pagi kelmarin, keluarga Dirang yang sedang tidur dikejutkan dengan bunyi bising dari siling. Bunyi aneh yang pada mulanya disangka burung menyebabkan mereka tidak mengendahkannya, bagaimanapun mula berasa pelik apabila ia semakin kuat seperti seseorang sedang mengorek lubang pada siling berkenaan.

Ibu Dirang Roselyn Alan, 25, berkata kejadian itu disedari adik iparnya sebelum semua ahli keluarga dikejutkan daripada tidur.
"Kami meminta bentuan jiranuntuk mengesan punca bunyi terbabit. Kerana risau kami menendang dinding dan tiang rumah. Bunyi aneh itu kemudian hilang selepas jiran memnuhi depan rumah.
"Kami percaya ada orang cuba memecah masuk ketika kami nyenyak tidur melalui rumah sebelah yang kosong. Bagaimanapun, kami tidak tahu motif sebenar individu terbabit berbuat demikian," katanya ketika ditemui di kediamannya, di sini semalam.
Menurut Roselyn, dalam satu lagi kejadian, adiknya, Mohd Hakim, 14, dikejar beberapa lelaki tidak dikenali tiga kejadian berasingan beberapa hari lalu.
Katanya, dalam kejadian pertama, Hakim dalam perjalanan pulang dari kafe siber dihampiri lelaki tidak dikenali yang kemudian bertanyakan nama dan tempat tinggal remaja berkenaan.
"Menurut adik, lelaki terbabit mempunyai tatu dibadan dan memandu Perodua Kancil berwarna merah selain berperwatakan kasar.
"Adik yang ketakutan melarikan diri. DUa kejadian hampir sama berlaku keesokan serta hari berikutnya." katanya.
Menurut Roselyn, ia membabitkan individu berbeza, malah Hakim melarikan diri ke surau yang ketika itu dipenuhi jemaah bagi mengelak daripada terus diekori lelaki tidak dikenali.
Berikutan kejadian itu, Reselyn kini dalam proses berpindah ke rumah baru di flat sama secepat mungkin.
Keluarga Roselyn yang masih bersedih dengan pembunuhan Dirang, bagaimanapun belum membuat laporan polis berkaitan kedua-dua insiden itu.
ROselyn mengadukan perkara itu kepada Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff yang mengunjungi rumah mereka, semalam.
Mokhtar ketika mengulas perkara itu berkata, keluarga Roselyn perlu membuat laporan polis sekiranya mereka terancam dengan kejadian itu.
"Bua laporan polis terlebih dahulu dan kita akan segera menyiasat dan mengambil tindakan selanjutnya sekiranya ia benar-benar mengancam keluarga Roselyn.
"Mereka dinasihatkan menghubungi balai polis berhampiran jika berada dalam keadaan terancam," katanya.