Tanah Merah : Hasrat dua sahabat memasang bendera sebuah parti politik yang diikat pada buluh di papan tanda amaran talian voltan tinggi milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kelantan berakhir dengan tragedi maut selepas terkena renjatan elektrik di Kampung Tengah Bukit Panau, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 12 tengah malam, Rosli Hussin, 47, dari Kampung Tengah Bukit Panau dan Mohd Daisan Ibrahim 37, dari Kampung Kusial Baru, di sini, dikatakan tercampak dan meninggal dunia di tempat kejadian selepas terkena renjatan elektrik akibat buluh digunakan bersentuhan dengan kabel elektrik TNB berkuasa 500 KiloVolt (kV).
Sebelum kejadian, Rosli dan Mohd Daisan, masing- masing bekerja sebagai Kakitangan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Tanah Merah dan penoreh getah, perge ke kawasan papan tanda itu bersama tiga lagi rakan dengan membawa sebatang buluh sepanjang 12 meter yang dipercayai baru ditebang.
Ketika cuba mengikat buluh itu pada papan tanda berkenaan, ia bersentuhan dengan kabel elektrik TNB yang berada pada ketinggian sembilan meter, menyebabkan mereka terkena renjatan elektrik.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarga masing-masing untuk dikebumikan, petang semalam.
Abang ipar Rosli, Che Musa Mamat, 57, berkata, ketika kejadian dia hampir melelapkan mata sebelum dikejutkan dengan bunyi buluh jatuh di atas jalan.
Katanya, pada masa sama seorang anaknya menjerit memaklumkan ada kemalangan di depan rumah dan dia bergegas ke tempat kejadian 50 meter dari rumahnya.