KUALA LUMPUR: Niat seorang lelaki memberhentikan kereta di tepi jalan untuk membantu mangsa kemalangan membawa padah apabila dia disambar petir sebaik menggunakan telefon bimbit untuk menghubungi peronda lebuh raya bagi memaklumkan kejadian itu, kelmarin.
Berikutan kejadian dalam hujan lebat kira-kira jam 4 petang itu di Kilometer 9.3 Lebuhraya Elite arah Putrajaya selepas susur USJ Subang Jaya, mangsa, Herman Zulkarnaen, 29, yang sedang menggunakan telefon bimbit tiba-tiba disambar petir sebelum rebah tidak sedarkan diri.

BUKTI...payung yang turut disambar petir.
Dia sebelum itu melihat sebuah kereta dinaiki seorang wanita, ibunya dan tiga anaknya terbabas dan melanggar besi penghadang jalan di tempat kejadian. Herman dikatakan dalam perjalanan ke Melaka atas urusan kerja kini dilaporkan kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya.
Menurut pemandu kereta terbabit, Rosanita Azizan, 44, ketika kejadian, dia bersama ibu dan tiga anaknya dalam perjalanan dari Sungai Petani ke Nilai sebelum keretanya hilang kawalan dan melanggar besi penghadang jalan.
"Ketika itu, sebuah kereta Proton Waja yang tidak sempat brek merempuh belakang kereta saya menyebabkan kami semua panik dan tidak tahu berbuat apa-apa. "Saya cuba meminta bantuan pengguna jalan raya dengan cuba menahan beberapa kereta sebelum seorang lelaki berhenti mahu membantu," katanya.
Ketika lelaki itu mahu menghubungi peronda lebuh raya, Rosanita meminta agar masuk ke dalam kereta memandangkan hujan semakin lebat diikuti kilat dan guruh. Dia suruh lelaki itu masuk dalam kereta, tetapi dia berteduh di bawah pokok sambil memegang telefon bimbit manakala anaknya memegang payung sebelahnya.
"Tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman yang sangat kuat sebelum lelaki itu rebah tidak sedarkan diri manakala anak saya tercampak akibat terkena renjatan pada besi pemegang payung'" katanya yang tidak menyangka niat baik lelaki itu membawa padah. Katanya, seorang doktor ang kebetulan memalui kawasan itu kemudian berhenti dan memberi bantuan pernafasan kepada mangsa sebelum menghantarnya ke hospital. Mangsa terbabit dalam kemalangan itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecerderaan.