Fenomena Halo adalah lingkaran cahaya seakan-akan pelangi yang mengelilingi Matahari dan Bulan. Ia sejenis fenomena optik yang lebih kerap terjadi daripada kejadian pelangi. Fenomena yang disebut juga Cincin Matahari terjadi pada hari khamis
kelmarinn antara pukul 09.00 hingga 11.00. Fenomena cincin halo matahari
yang menghiasi langit kota Padang ini sempat membuat masyarakat kota
Padang heboh.
Alor Setar: Orang ramai di bandar raya ini dikejutkan dengan satu fenomena apabila lingkaran cahaya seakan-akan pelangi mengelilingi matahari atau bulan. Keadaan yang dikenali sebagai Fenomena Halo itu mula dikesan tengah hari kelmarin. Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia kepada Bernama semalam, keadaan itu adalah satu fenomena semula jadi.
"Terdapat banyak jenis Halo, tetapi kebanyakkan terjadi daripada kristal ais dalam awan tinggi cirrostratus yang kelihatan seakan-akan keppngan awan yang terletak pada ketinggian sekitar 6,000 - 18,000 meter di atas paras tanah," kata kenyataan itu. Kenyataan itu berkata dalam amalan pemerhatian cuaca, kewujudan halo merupakan antara petunjuk yang boleh digunakan untuk meramal hujan atau ribut petir dalam tempoh 12 hingga 24 jam, terutama jika ia diikuti awan jenis pertengahan.
Menurut kenyataan itu, lepisan awan cirrosstratus sangat nipis sehinggakan metahari atau bulan boleh dilihat dengan jelas melaluinya, tetapi kadang-kadang matahari atau bulan juga boleh kelihatan seperti bayang malap melalui lapisan awan yang tebal. Apabila cahaya matahari atau cahaya bulan memalui kristal ais awan cirrostratus, cahaya tersebar atau dibiaskan yang menyebabkan halo terbentuk.
PERHATIAN:
Pada orang ramai yang ingin melihat fenomena halo matahari tersebut perlu berhati-hati dan memastikan kedua-dua mata dilindungi daripada pancaran matahari.
Jangan sesekali memandang halo secara terus dan dalam tempoh yang lama dan perlu sembunyikan matahari dari penglihatan di sebalik binaan, bangunan atau apa-apa sahaja.
Juga berhati-hati apabila mengambil gambar halo tanpa pelindung matahari kerana ia sangat berbahaya terutamanya ketika menggunakan kamera Single-lens reflex (SLR).