TANJUNG MALIM: Seorang penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang dikatakan mengalami masalah gangguan makhluk halus, maut selepas terjatuh dari sebuah bangunan lima tingkat di universiti itu kelmarin.
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPSI, Datuk Dr Junaidi Abu Bakar berkata, dalam siasatan awal, pihaknya mendapati mangsa, Fatimah Mina Md Juferi, 22, mengalami masalah itu sebelum mengikuti kursus di UPSI dan masih menjalani rawatan tradisional bagi mengatasi gangguan itu.
Sehubungan itu, beliau tidak menolak kemungkinan unsur mistik menyebabkan mangsa terjatuh dari bangunan E-Learning kira-kira jam 5.30 petang kelmarin.
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPSI, Datuk Dr Junaidi Abu Bakar berkata, dalam siasatan awal, pihaknya mendapati mangsa, Fatimah Mina Md Juferi, 22, mengalami masalah itu sebelum mengikuti kursus di UPSI dan masih menjalani rawatan tradisional bagi mengatasi gangguan itu.
Sehubungan itu, beliau tidak menolak kemungkinan unsur mistik menyebabkan mangsa terjatuh dari bangunan E-Learning kira-kira jam 5.30 petang kelmarin.
“Malah, saya dimaklumkan rakan serumah mangsa yang dia berkelakuan pelik sebelum ini termasuk bercakap sendirian dan menangis,” katanya yang dihubungi semalam.
Fatimah, pelajar tahun dua Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang berasal dari Bakri, Muar, Johor, ditemui terbaring di bawah bangunan berkenaan dengan kecederaan parah di beberapa bahagian badan, termasuk patah rusuk kiri dan kanan, kaki kanan serta kedua-dua bahunya.
Mayat Fatimah ditemui dalam keadaan berseluar trek dan bertudung oleh beberapa pelajar UPSI yang kebetulan melalui kawasan kejadian. Dr Junaidi berkata, insiden menimpa Fatimah itu di luar kawalan pihaknya, malah berdasarkan rakaman litar tertutup (CCTV), pelajar itu disyaki memasuki bangunan berkenaan dalam keadaan separuh sedar sebelum menaiki tangga. "Saya mewakili seluruh warga UPSI ingin menyampaikan salam takziah kepada keluarga arwah. Pihak universiti turut mengadakan majlis tahlil ringkas unutk arwah malam tadi di surau Kampus Proton City disertai pegawai universiti dan pelajar.
"Selain itu, dua rombongan bas disertai 80 pelajar, termasuk Penolong Pendaftar UPSI, Musa Jaafar mengiringi jenazahnya ke rumah keluarga di Muar pagi tadi bagi menziarahi selain menghulurkan sedikit sumbangan," katanya.
Menurut Dr. Junaidi, beliau juga difahamkan Fatimah tidak pernah berpakaian sukan setiap kali keluar dari rumah sewanya Di Taman Universiti di sini, seperti dilakukannya kelmarin, kerana pelajar itu kerap dilihat memakai jubah. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk mohd Dzuraidi Ibrahim ketika dihubungi semalam, mengesahkan kes kematian pelajar berkenaan disiasat mengikut Laporan Kematian Mengejut (SDR). Beliau berkata, siasatan awal memalui rakaman CCTV mendapati mangsa terjun dari bangunan berkenaan.
"Bagaimanapun, kami masih menyiasat kejadian itu. Laporan bedah siasat dijalankan di Hospital Slim River mendapati mangsa maut akibat kecederaan parah di beberapa anggota badan berikutan jatuh dari tempat tinggi. "Selain itu, hidung mangsa turut patah selain dagu berlekuk akibat impak jatuhan yang kuat sebelum mangsa meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.