IPOH: Berang apabila adik ipar menegur sikap buruknya yang kerap mengabaikan keluarga dan sering memukul anak, seorang lelaki bertindak di luar batas kemanusiaan apabila memijak bayi lelakinya yang berusia dua minggu hingga mati.
Dalam kejadian jam 9 pagi kelmarin di rumah keluarga berkenaan di Taman Bernam Jaya, Ulu Bernam, dekat sini, lelaki terbabit yang berusia 40-an sebelum itu menyerang adik iparnya dengan parang.
Sumber polis berkata, bagaimanapun, mangsa yang berusia 32 tahun bernasib baik kerana hanya cedera ringan di telinga dan jari kaki kirinya.
Menurutnya, suspek yang bekerja dengan syarikat pengumpul barang lusuh sering mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga dan memukul enam anaknya setiap kali bertengkar dengan isterinya yang berusia 36 tahun.
“Perbuatan ganas suspek menyebabkan adik iparnya yang tinggal berhampiran hilang sabar lalu menegur sikap buruknya itu. Bagaimanapun, tindakan itu tidak disenangi suspek hingga mencetuskan pergaduhan,” katanya. Menurutnya, dalam pergaduhan itu suspek mencapai parang dan menyerang adik iparnya menyebabkan mangsa cedera di telinga dan jari kaki kirinya.
"Dalam keadaan seperti hilang kawalan diri, suspek kemudian memijak bayi lelaki yang berada berdekatannya. Tindakan itu menyebabkan bayi terbabit cedera organ dalaman sebelum sempat diselamatkan ibunya," Katanya. Sumber itu berkata, bayi berkenaan yang dalam separuh sedar dan tidak memberi tindak balas dibawa ke Hospital Tanjung Malim.
"Mangsa disahkan meninggal dunia dan mayatnya kemudian dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) petang kelmarin untuk dibedah siasat," katanya. Sementara itu seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, dia tinggal tidak jauh daripada rumah keluarga terbabit bergegas ke sana selepas beritahu berlaku pergaduhan antara suspek dengan adik iparnya.

"Sebaik sampai di rumah itu, saya dapati bayi berkenaan berada dalam pangkuan ibunya dan dia langsung tidak menunjukkan apa-apa tindak balas. "Saya segera memujuk isteri suspek supaya membawa bayi itu ke Hospital Tanjung Malim. Bagaimanapun, sebaik kami tiba di Hospital kakitangan hospital mengesahkan bayi itu sudah meninggal dunia," katanya ketika ditemui di HRPB, malam kelmarin.
Menurutnya, dia dan beberapa anggota keluarga lain membuat laporan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuala Kubu Baru. Difahamkan, susulan itu empat ahli keluarga bayi berkenaan membabitkan ibu mangsa, anak sulung suspek dan susupek ditahan polis unutk disoal siasat. Mayat bayi berkenaan dituntut di HRPBoleh ahli keluarga jam 8 malam kelmarin selepas selesai dibedah siasat.
Smentara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayaj (JSJ) Perak, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim yang dihubungi semalam berkata, siasatan kes itu diserahkan kepada polis Selangor berikutan kejadian dilaporkan di Balai Polis Kuala Kubu Baru, Selangor.