LOS ANGELES: Selepas tujuh tahun bersama dan mempunyai enam anak, pelakon, Brad Pitt, 48 dan Angelina Jolie, 36 akhirnya bertunang.
Robert Procop, pembuat barang kemas persendirian berkata semalam, dia mereka cincin tunang itu mengikut kehendak Pitt dan mengambil masa setahun untuk menyiapkannya. Jurucakap pelakon itu, Cynthia Pett-Dante kemudian mengesahkan berita itu dengan berkata: “Anak mereka begitu gembira. Bagaimanapun, belum ada tarikh perkahwinan ditetapkan.” Aktres berusia 36 tahun itu dilihat memakai cincin berkenaan pada jari manisnya ketika melawat Muzium LA County, Rabu lalu. Tukang emas, Robert Procop bekerja dengan Pitt untuk mereka bentuk cincin. Satu kenyataan akhbar menerangkan sebagai ciri-ciri berlian lama di tengah-tengah "galaksi batu-batu yang lebih kecil." Ia mengambil masa setahun untuk mereka bentuk.

Bapa Angelina, Jon Voight adalah antara orang pertama mengucapkan selamat kepada pasangan itu dengan memberitahu majalah Us Weekly: “Saya gembira dengan perkembangan mereka.” Berita pertunangan pasangan itu sekali gus mengakhiri spekulasi mengenai pasangan itu dan rancangan mereka untuk berkahwin.
Hubungan Pitt, 48, dan Jolie semakin intim selepas mereka berlakon dalam filem Mr and Mrs Smith pada 2005. Pitt menceraikan isterinya, pelakon, Jennifer Aniston.
Jolie melahirkan tiga anak Pitt dan mereka juga mempunyai tiga anak angkat.
Pitt sebelum ini berkata, dia hanya akan mengahwini Jolie apabila undang-undang membolehkan pasangan gay berkahwin diluluskan.
tahniah utk brat n angelina jolie. akhirnya baru nak bertunang.
bila nak kawen?..hehe