Lagi artis yang mendirikan masjid, ramai artis yang melangsungkan perkahwinan pada tahun 2012, bagus-bagus sesuatu yang baik harus dirai. Azza Elite, 34, juga akhirnya sah bergelar isteri yang sah dengan pasangannya Azlan Zulaily, 25, seorang pramugara penerbangan AirAsia dengan tika kali lafaz sahaja.
Kedua-dua pasangan ini dinikahkan oleh Imam Masjid Bukit Antarabangsa ustaz Hakim Abdul Rahman di Ampang pada hari Ahad, 1 April 2012 selepas solat Asar. Majlis pernikahan tersebut dihadiri oleh rakan artis diantaranya Rozita Che Wan, Roslan Shah, Abby Abadi, Shasa dan Watie. Dalam majlis pernikan tersebut, Azza menerima wang hantaran RM10,000 dan 9 dulang hantaran yang antaranya terdiri daripada ber tangan, buah-buahan, Al-Quran, coklat, cincin, manisan serta mas kahwin berjumlah RM300. Manakala pihak pengantin lelaki menerima 11 dulang hantaran antaranya minyak wangi, sirih junjung, buah-buahan, cincin, dan persalinan. Ramai-ramai la kita doakan kebahagiaan Azza dan pasangannya dan semoga berkekalan sehingga ke hujung nyawa, serta moga terhindar dari sebarang gosip liar yang menggugat keharmonian rumah tangga mereka. Aminn.