Gua Musang: Sekumpulan penduduk Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Jeram Tekoh, gempar apabila menemui lebihan tulang dan gigi, semalam, dipercayai milik Nor Ain Sharinie Mohd Azizi, 16, yang tengkorak dan tulangnya ditemui selepas manjadi mangsa bunuh dan bakar di ladang sawit berhampiran rumahnya di RKT berkenaan, Isnin lalu.
Penduduk, Mohd Joni Ishak, 37, berkata dia bersama beberapa penduduk pergi semula ke lokasi penemuan tengkorak dan tulang remaja itu pada jam 1 tengah hari dan menemui serpihan tulang dan gigi di bawah timbunan daun kering. Katanya, pada mulanya mereka sangsi tetapi selepas diteliti, ternyata ia serpihan tulang dan gigi manusia. " Pada mulanya ada yang menganggap ia tulang dan gigi haiwan liar tapi tidak logik kerana ia ditemui di tempat tengkorak dan tulang mangsa bunuh dan bakar yang ditemui Isnin lalu. Mungkin pihak berkuasa tidak dapat mengesannya dan tertinggal lebihan tulang dan gigi remaja berkenaan.

Penduduk mencari serpihan Tulang dan Gigi mangsa dipercayai masih ada di lokasi kejadian
"Sedih melihat serpihan tulang dan gigi itu dan kami menyerahkan kepada keluarga Ain," katanya. Sementara itu, rakannya, Ibrahim Daud, 37, mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan zalim yang dilakukan kerana sanggup membunuh dan membakar mangsa.
"Saya yang sudah lama tinggal di RKT ini dan belum pernah lagi kejadian bunuh dan bakar membabitkan anak peneroka. "Sesiapa yang melakukan pembunuhan itu bukan lagi manusia dan boleh diibaratkan sama seperti binatang," katanya. Seorang lagi penduduk, Ahtta Ahmad, 58, berkata dia bersimpati dengan nasib remaja berkenaan yang menjadi mangsa tindakan ganas penjenayah.
"Apabila berlaku kejadian seperti itu, penduduk memang bimbang, apatah lagi semakin ramai penagih dadah muncul di kawasan ini," katanya.
Semalam Harian Metro melaporkan, polis menahan seorang lagi suspek berusia 42 tahun bagi membantu siasatan kes Nor Ain. Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superitendan Saiful Bahri Abdullah dipetik berkata, lelaki itu ditahan di RKT Kesedar Sungai Asap A, dekat sini, jam 11.45 malam Khamis lalu.