KUALA LUMPUR: “Nama saya Aaron Aziz Mustafa, bukan Mat Haron Mustapha Mat Aziz Mustafa. “Saya kecewa dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab
mereka-reka nama baru itu sebelum menyebarkannya di Internet,” kata
pelakon, Aaron Aziz, 36 yang berang dengan ‘permainan’ individu yang
menyiarkan keratan kad pengenalan ‘buatan sendiri’ didakwa miliknya di
sebuah forum hiburan, semalam.
Kata Aaron, sejurus membuka laman hiburan itu, dia terkejut selepas mendapati tuduhan mengatakan nama sebenarnya ‘Mat Haron Mustapha Mat Aziz Mustafa’ dan dia difitnah menipu peminat dengan nama sebenarnya. Wartawan Harian Metro yang turut melayari forum terbabit dan melihat kad pengenalan itu mendapati Aaron dikritik hebat di rangkaian laman sesawang terbabit sebelum namanya itu dipermainkan.
Menurut Aaron, perbuatan individu itu sangat dikesali kerana memperlekehkannya dan dia menegaskan nama sebenarnya Aaron Aziz Mustafa bukan seperti didakwa.
Aaron berkata, kad pengenalan tiruan itu turut disebarkan di beberapa laman sosial lain seperti facebook dan twitter sehingga mendapat perhatian ramai.
Ini adalah penjelasan dari isteri Aaron Aziz;
Apa yang saya boleh pastikan, dakwaan tersebut adalah palsu semata-mata. Nama sebenar Aaron Mustapha bin Aziz dan bukannta Mat Haron Mustapha bin Mat Aziz seperti yang didakwa dan seperti yang tertulis dalam kad pengenalan berkenaan. Saya juga baru mengetahui berkenaan hai ini melalui Twitter dan belum berkesempatan bercerita kepada Aaron kerana dia masih berehat kerana demam.
Jika anda tidak percaya atau menganggap saya mahu menyembunyi hal sebenar, anda boleh bertanyakan mana-mana produksi yang pernah Aaron bekerja untuk mendapatkan nama sebenar Aaron daripada pasport miliknya.