Selepas dua kali memegang 'gelaran' janda, aktres dan model jelita, Natasha Liana Hudson akhirnya bergelar isteri kepada pemilik syarikat berasaskan muzik, Phuture Phlow yang juga ahli kumpulan hip hop Phlowton, Khalid Kamal, 34, atau mesra dengan panggilan Carleed. Majlis akad nikah dan resepsi kedua-dua pihak diadakan serentak di Masjid Wilayah, Jalan Duta, Kuala Lumpur, bermula jam 11 pagi ini dan dihadiri saudara-mara terdekat. Mungkin kerani ini perkahwinan ketiga buat Natasha, aktres itu turut memilih konsep ringkas dan klasik untuk majlis resepsi yang diaadakan sejurus selepas majlis akad nikah. Kata Natasha, dia sekadar menjemput saudara-mara dan rakan terdekat.
Padanan rona coklat cair dan merah jambu menjadi pilihan Natasha sempena hari bersejarahnya. Lebih manis, ia diadakan dalam nada serba ringkas, malah jika ditatap rekaan baju kurung moden sentuhan pereka muda, Shahida Shariff itu, tata gaya dan pemilihan fabrik adalah hasil idea bintang Chermin itu dengan pereka. "Saya memang mahukan kongsep ringkas, malah baju untuk akad nikah juga ringkas. Saya sukakan rekaan Shahida kerana selesa dipakai. Kami bersetuju memilih sesuatu yang ringkas. Cukup sekadar mengikut syarak dan tidak berlebih-lebih.
"Unutk hantaran pula, sekadar kitab Al-Quran, al-Quran digital, tasbih, jubah dan barangan lain yang lebih Islamik. Saya tidak perlukan barangan seperti jam tangan mahal atau set kecantikan kerana sudah ada semua itu," kata Natasha yang berbalas hantaran tujuh dan lima dengan Carleed.
Wajah ayu dan pandangan tenang Natasha menjawab soalan SELEBRITI sesekali dilepaskan keluar butik Buttons Design, Subang Jaya ketika ditemui, Rabu lalu. Seolah- olah pencarian hakiki kehidupan lebih selesa dan tenang sudah ditemui ketika kunjungan pertamanya ke tanah suci Mekah, baru lalu. Apatah lagi, sebaik sahaja pulang daripada melakukan umrah pada 4 April lalu, penerima anugerah Pelakon Harapan Festival Filem Malaysia ke-20 (FFM20) melalui filem Chermin ini terus mengambil keputusan bertudung. Tanpa dipaksa mahupun mengikut trend semasa, Natasha akur itu pilihan terbaik.
"Saya mendapat ilham untuk mengadakan perkahwinan serba ringkas ketika di tanah suci. Saya melihat perkahwinan di sana tidak memerlukan hadiah mewah beribu-ribu ringgit. Yang penting mengutamakan syariat dan perkahwinan itu mendapat restu.
"Apabila difikirkan semula, ada baiknya melakukan majlis ringkas kerana untuk memulakan kehidupan berkeluarga selepas itu, perlukan sokongan kewangan kukuh. Tambahan pula, saya juga tidak mahu menyusahkan suami di kemudian hari," kata ibu kepada Neesa Helena, 3, cahaya mata hasil perkahwinan dengan bekas suami, Datuk Sharin Zahari. Katanya Carleed sangat menyayangi Neesa dan menganggap anak kecil itu anak kandungnya. Malah Natasha akui, Neesa juga selesa tatkala bersama Carleed.
Lantas, hubungan erat yang terjalin itu membuatkan Natasha selesa dan percaya anaknya akan dibesarkan dalam suasana ringkas tapi bahagia. Bercakap soal hijrah kepada imej bertudung, Natasha akui belum meletak 100 peratus unukt bertudung sepenuhnya kerana memikirkan tuntutan kerja, terutama bidang lakonan yang kadangkalan menuntut watak berbeza.
"Saya perlu memilih watak selepas ini dan mesti kena dengan cara dan gayanya. Contohnya, jika watak itu gadis muaalaf yang masuk Islam, mungkin saya terima kerana itu tuntutan watak. Malah, ia juga mengajak penonton kepada kebaikan. Saya akan memilih busana muslimah sahaja. "Sejak bertudung, saya rasa sangat gembira dan diterima baik keluarga dan rakan. Namun saya tidak mahu berjanji 100 peratus akan berudung sepenuhnya dalam lakonan. Saya harap peminat dapat beri masa kepada saya untuk menyesuaikan diri dan jangan terus menghukum.
"Saya belum mahu bersara dalam dunia seni kerana di sinilah tempat saya cari rezeki.Carleed juga tidak menghalang kerana tahu ini minat saya. Saya bersyukur kerana dikurniakan suami yang faham, apatah lagi dia juga dalam bidang sama," katanya. Rumah tangga pertama Natasha dibina bersama ahli perniagaan, Mohd Faiz Mohd Raih pada 6 Mei 2006, sebelum berkahwin dengan Shahrin pada 29 Julai 2007.