Akhbar Utusan Malaysia pada Rabu melaporkan Aidil telah memaklumkan untuk bercerai dengan Rita Rudaini menerusi SMS. Dalam SMS yang diterima Rita, Aidil memberitahu sudah memfailkan penceraian melalui peguamnya. Kisah pergolakan rumah tangga RIta Rudaini dan Aidil Zafuan akhirnya sampai ke penghujungnya dan amat menyedihkan apabila berita atau SMS yang diterimanya adalah di hari jadi Rita yang ke-36. Dalam SMS berkenaan Aidil menulis. "Saya sudah failkan benda itu (perceraian). Peguam saya akan maklumkan lebih lanjut kepada awak." Menurut Rita, dia tidak berasa kecewa atau bersedih dengan apa yang telah diputuskan suami memandangkan sudah lebih empat bulan Aidil 'menghilangkan' diri setelah keluar dari rumah mereka.
"Saya terima apa yang sudah tertulis. Kami bernikah di Thailand, mempunyai dua anak dan sekarang ini saya bakal bergelar ibu tunggal, semua ini takdir hidup saya". katanya.
Rita akan berjuang habis-habisan sekiranya Aidil atau pihak keluarga mertua mahu menuntut hak penjagaan anak-anaknya jika kes itu dibawa ke mahkamah nanti. Rita telah menyerahkan kepada peguamnya untuk tindakan lanjut dan menjangkakan kes berkenaan akan dibawa ke Mahkamah Syariah dalam masa seminggu.
"Saya sudah bertahan terlalu lama dan berita Aidil mahu menceraikan saya sedikit pun tidak mengejutkan. Lagipun dia sudah tidak pulang ke rumah hampir empat bulan.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Aidil kerana berkongsi hidup dengan saya selama ini sehingga kami mendapat dua orang anak," ujarnya.