Gambar Hiasan |
Kejadian berlaku diparkir di depan pejabat di Jalan Tun Seri Lanang, di sini, pegi semalam.
Dalam kejadian jam 11 pagi, ahli perniagaan itu dikatakan singgah di pejabatnya dan meletak kenderaan di depan premis itu.
Seorang kakitangan yang enggan dikenali berkata, orang ramai sedar bahagian dalam kereta majikannya berasap sebelum memaklumkan kepada kakitangan pejabatnya.
"Petugas di pejabat itu segera menggunakan alat pemadam api untuk memadamkan api di tempat duduk depan sebelum membuat laporan polis," katanya.
Difahamkan, cermin tingkap sisi kanan Mercedes S350 itu dipecahkan oleh seorang lelaki tidak dikenali yang dipercayai menunggang sebuah motosikal.
Penjenayah dikatakan menggunakan senjata tumpul untuk memecahkan cermin itu sebelum mencurah bahan api.