KUALA LUMPUR: Senjata makan tuan. Itu gambaran balasan segera diterima seorang lelaki apabila parang digunakannya ketika cuba menyamun dan merogol seorang wanita dirampas mangsa lalu dilibas mengenai kemaluan penjenayah terbabit.
Berikutan kejadian itu yang berlaku di kawasan rumah kedai di Jalan Pandan Indah, di sini, jam 4 petang kelmarin, suspek terbabit yang berusia 20-an mengalami kecederaan serius pada alat kelaminnya.
Berikutan kejadian itu yang berlaku di kawasan rumah kedai di Jalan Pandan Indah, di sini, jam 4 petang kelmarin, suspek terbabit yang berusia 20-an mengalami kecederaan serius pada alat kelaminnya.
Sumber polis berkata, sebelum kejadian, mangsa yang berusia 20 tahun dalam perjalanan ke sebuah kedai runcit berhampiran rumahnya.
Menurutnya, mangsa dihampiri suspek yang mengacukan parang ke lehernya sebelum mangsa diheret ke kawasan gelap berdekatan sebuah stor di tingkat dua bangunan rumah kedai itu.
"Suspek menolak mangsa hingga jatuh dan meminta mangsa menyerahkan wang serta barangan berharga. Apabila mangsa enggan mengikut arahannya. Suspek menyeluk kocek mangsa dan merampas wang RM100 serta satu telefon bimbit, "katanya, semalam.
Sumber itu berkata, suspek bertindak ganas dengan memijak kemaluan mangsa beberapa kali tanpa menghiraukan tangisan dan rayuan mangsa supaya tidak dikasari. " Suspek memaksa mangsa menanggalkan pakaiannya. Apabila mangsa enggan, suspek cuba membuka seluar mangsa dan ketika dia cuba berbuat demikian, mangsa mengambil peluang menendang suspek. Tendangan itu menyebabkan suspek hilang imbangan badan dan parang dipegangnya terlepas daripada genggaman. Mangsa segera merampas senjata itu dan melibas mengenai kemaluan suspek, "katanya.
Menurutnya, akibat cedera suspek melarikan diri manakala mangsa mengambil semua telefon bimbit dan wang miliknya yang ditinggalkan suspek. Katanya, mangsa membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah dan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisiten Komisioner Amiruddin Jamaluddin yang dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.