Melalui tajuk filem ini mungkin pelbagai rumusan dapat dibuat sebelum menontonnya bukan? Namun 3 Temujanji bukan sekadar komedi romantik biasa tetapi mempunyai mesej yang mahu disampaikan.
Arahan Hashim Rejab, 3 Temujanji adalah komedi romantik yang mengisahkan dua pasangan berbeza dan setiap mereka mempunyai perwatakan yang berbeza. Ditanyakan bagaimana dia mengarah dua orang pelakon yang juga bergelar pengarah (Yana samsudin dan Pierre Andre), Hashim berkata ada juga kelebihan dan kekurangannya.
Arahan Hashim Rejab, 3 Temujanji adalah komedi romantik yang mengisahkan dua pasangan berbeza dan setiap mereka mempunyai perwatakan yang berbeza. Ditanyakan bagaimana dia mengarah dua orang pelakon yang juga bergelar pengarah (Yana samsudin dan Pierre Andre), Hashim berkata ada juga kelebihan dan kekurangannya.
"Mereka bekerja secara profesional dan memberikan kerjasama yang penuh. "Pada mulanya saya terasa sedikit kekok, namun lama-kelamaan ia menjadikan saya lebih berhati-hati dan kami bekerjasama untuk mendapatkan lakonan yang terbaik.
"Memang pada awalnya, faktor ini sedikit sebanyak telah mengganggu kredibiliti saya sebagai pengarah, tetapi untuk 3 Temujanji saya bergelar pengarah dan mereka pula pelakon jadi semua arahan datang daripada saya dan mereka menerima arahan untuk melakonkan apa yang dikehendaki," jawab Hashim.
Selaku teraju utama, Yana Samsudin dan Pierre Andre sekali lagi berkongsi layar menjadi pasangan di dalam filem lakonan mereka yang mengisahkan hidup seorang wanita bernama Riana yang tidak mempercayai lelaki dan cinta dalam hidupnya.
Bagi Riana cinta hanya membawa sengsara dan semua cinta lelaki sama sahaja.
Hal ini membawa kepada satu prinsip yang agak pelik namun ia menjadi pegangan Riana kala bercinta.
Setiap lelaki yang Riana temui akan melalui tiga temujanji sahaja dan selepas itu dia akan meninggalkan lelaki tersebut.
Riana merasakan keseronokan apabila melihat lelaki yang ditemui sengsara sehinggalah dia menemui Mukhsin yang turut sama melalui proses yang sama namun selepas tiga temujanji Riana tidak mahu merendahkan egonya namun selepas itu dia terpaksa menerima akibat kerana kali ini dia benar-benar jatuh cinta dengan Mukhsin.
Untuk membuat sebuah filem cinta bukanlah satu perkara mudah. Jalan cerita kena cantik, ayat kena menyentuh jiwa dan paling penting, dekat dengan hati penonton. Terus terang cerita ni memang best. Lakonan Pierre Andre dengan Yana Samsudin dalam cerita ni sangat mantap. Jalan cerita pun sangat unik dan punya kelainannya yang tersendiri.
Semasa permulaan cerita ini, rasa agak kurang menarik. Babak menarik hati wanita dengan harta kebendaan agak annoying dan cliche. Namun seiring dengan perkembangan cerita, baru lah nampak macam mana bermulanya detik percintaan antara Pierre dan Yana dalam filem 3 Temujanji ini.
Pendek kata, cerita ni unik sebab Pierre menunjukkan diri yang macho dlm cerita ini. Bukan senang untuk seorang lelaki mahu akur dengan syarat yang ditetapkan oleh seorang wanita. Babak tersebut sememangnya gentlemen habis. Kalau lelaki lain, confirm menangis teresak-esak. Bukan senang untuk kita lepaskan wanita yang kita dah mula sayangi selepas 3 temujanji kan?