JOHOR BAHRU: Cuma tinggal beberapa jam untuk diijabkabulkan. Namun, nasibnya sangat malang apabila mati ditikam bertubi-tubi di hadapan bakal isteri dalam kejadian di depan rumah sewanya di Jalan Dedap 23, Taman Johor Jaya, di sini, kelmarin.
Lebih menyedihkan, sebelum kejadian jam 10.40 malam itu, mangsa, Indra Asrul Abdul Rahim, 29, baru saja meraikan hari ulang tahun kelahirannya bersama tunang yang hanya mahu dikenali sebagai Sabrina, 26.

Indra Asrul Abdul Rahim, 29
MAUT...rumah kedai tempat kejadian. Gambar kecil, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Roslan, mangsa ditikam bertubi-tubi.
Tiga suspek dalam kejadian itu dipercayai rakan serumah Indra membabitkan dua lelaki dan seorang wanita warga Myanmar.
Menceritakan kejadian terbabit, Sabrina berkata, Indra yang juga operator pengeluaran di sebuah kilang di Taman Desa Cemerlang, di sini, parah dan meninggal dunia di depannya.
“Kami sepatutnya bernikah pada Ahad ini (semalam). Sebelum kejadian, kami baru keluar bersama meraikan hari jadinya. Kini, kenduri pernikahan yang sudah diatur ditukar majlis tahlil,” katanya. Menurutnya, ketika kejadian dia dan Indra mengemas barangan di rumahsewa Indra kerana bakal suaminya itu bercadang berpindah selepas berselisih faham dengan rakan serumahnya. "Bagaimanapun, ketiga-tiga rakan serumahnya tiba-tiba datang dan menyerang serta menikam Indra berulang kali. Kejadian berlaku pantas dan saya hanya menjerit meminta pertolongan," katanya yang tidak dicederakan dalam kejadian menyayatkan hati itu.
Sabrina berkata, selepas menikam mangsa, ketiga-tiga suspek melarikan diri. Katanya, dia dan Indra berkenalan di tempat kerja beberapa tahun lalu. "Saya tidak sangka tunang saya dibunuh hanya beberapa jam sebelum kami bernikah. Saya tidak akan memaafkan pembunuhan itu dan berharap mereka segera di tahan polis, "katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata, siasatan awal mendapati kejadian bermotifkan dendam dan perselisihan faham. Menurutnya, mangsa dipercayai mempunyai masalah dengan beberapa individu di rumah sewanya dan bercadang berpindah keluar pada malam kejadian. "Mangsa baru saja tiba di rumah sewanya yang juga sebuah rumah kedai sebelum didatangi tiga rakan serumahnya, termasuk seorang wanita dan berlaku pertengkaran.
"Sejurus kemudian, ketiga-tiga suspek membelasah dan menikam mangsa bertubi-tubi," katanya di sini, semalam. Katanya, mangsa ditikam lebih lima kali di badan di depan Sabrina sebelum semua suspek yang berusia 20-an hingga 30-an melarikan diri. Roslan berkata, ketiga-tiga suspek dipercayai warga Myanmar dan mangsa tinggal serumah dengan mereka sejak berbulan lalu. Jenazah mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru unutk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi talian 07-2212999 untuk membantu siasatan.

Adehhh ni la wartawan melayu...dtg apa tak ska suki cedok dr akhbar cina...lain kali jumpa aq....tuan badan ni....yg lalui semua tu....main tokok tambah je cita.....nama aq pon ska2 ubah