Alhamdulillah kini pelakon wanita, pengacara dan juga model, Haryati Hamzah atau Yatt
Hamzah akhirnya terbuka untuk berhijrah memakai tudung setelah merasakan
niat dan serunya untuk berubah telah datang.
Yatt yang telah memakai tudung secara ikhlas meluahkan, niat untuk dia
memakai tudung itu sudah lama tertanam dalam dirinya namun, masih lagi
belum tiba waktu yang sesuai.
Tetapi, kuasa Tuhan, setelah dia pulang dari menghadiri kelas Usrah,
niat untuk berubah menjadi lebih baik itu muncul dan seterusnya
menggalakkan dirinya untuk bertudung.
Gambar suami Yatt Hamzah semasa penikahan mereka
Gambar anak Yatt Hamzah. Serius comel.
“Alhamdulillah, sebenarnya sudah lama saya memasang niat untuk
berhijrah ke arah yang lebih baik. Selepas pulang dari kelas usrah
semalam, hati saya tergerak untuk mengerjakan solat sunat taubat.
“Ketika itu, saya dapat rasakan sudah tiba masanya untuk saya
berubah. Dapat saya membayangkan bagaimana seksaan di akhirat nanti.
Bermula pagi tadi, saya terus mengenakan tudung sebelum keluar rumah,” kata Yatt seperti dalam Media Hiburan.
Pelakon yang juga seorang ibu itu juga mengakui suaminya adalah orang yang paling gembira dengan perubahan dirinya.
Malah, Yatt tidak pernah dipaksa untuk bertudung oleh suaminya walaupun suaminya pernah menasihatinya untuk berubah.
“Suami adalah orang yang paling gembira bila saya beritahu keputusan
saya ini. Sebelum ini dia pernah menyuruh saya untuk bertudung tetapi
tidak sesekali memaksa saya untuk berubah ke arah itu,” katanya.
Justeru itu, Yatt berharap dan berdoa agar perubahan dirinya itu akan
kekal dan sentiasa tabah menghadapi perjalanan hidup lebih-lebih lagi
sebagai anak seni.
“Doakan semoga perubahan saya ini mendapat keberkatan daripada-Nya dan
biarlah saya kuat untuk menghadapi apa saja ujian terutama dalam
industri ini,” kata Yatt.
Sebelum ini, dua orang pelakon wanita, Abby Abadi telah berhijrah memakai tudung setelah pulang dari menunaikan umrah di Mekah dan pelakon, Enot juga turut mengikut jejak langkah yang sama.
Biodata Profil Yatt Hamzah
NAMA PENUH: Haryati Hamzah
NAMA KOMERSIAL: Yatt Hamzah
TARIKH LAHIR: 13 April 1980
TEMPAT LAHIR: Muar, Johor
STATUS: Berkahwin
SUAMI: Abdul Mutalib Abdul Shukor
ANAK: Suci Hanania Malika, lima bulan
PENDIDIKAN : Ijazah Sarjana Muda Kepujian Komunikasi Massa & Pengajian
Media.
KERJAYA: Model, pengacara dan pelakon.
ANTARA DRAMA: Nasi Lemak Kukus, Rencong, Kaber Hero Kaber Zero, Hidayah, Bella dan Ritma Kolej, Rendang Raya Mak Tijah, Slot lagenda Ular Emas
FILEM : Impak Maksima dan Kecoh Betul.
NAMA PENUH: Haryati Hamzah
NAMA KOMERSIAL: Yatt Hamzah
TARIKH LAHIR: 13 April 1980
TEMPAT LAHIR: Muar, Johor
STATUS: Berkahwin
SUAMI: Abdul Mutalib Abdul Shukor
ANAK: Suci Hanania Malika, lima bulan
PENDIDIKAN : Ijazah Sarjana Muda Kepujian Komunikasi Massa & Pengajian
Media.
KERJAYA: Model, pengacara dan pelakon.
ANTARA DRAMA: Nasi Lemak Kukus, Rencong, Kaber Hero Kaber Zero, Hidayah, Bella dan Ritma Kolej, Rendang Raya Mak Tijah, Slot lagenda Ular Emas
FILEM : Impak Maksima dan Kecoh Betul.
comelnye anak die! yatt semakin ayu! kudos to yatt!