Pelancaran Rasmi Proton Preve telah diadakan pada 16 April 2012, di mana ianya disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
SEBUTAN SEBENAR PROTON PREVE
Berkenaan nama Preve, sebutan yang betul menurut DSZ ialah ‘Prae Vae’, namun ramai lebih suka menyebutnya sebagai ‘Pri Vi’, yang dirasakan lebih sesuai sebutannya untuk kita di Malaysia. Namun untuk pasaran antarabangsa terutamanya di negara-negara seperti Thailand, Indonesia, Australia dan Eropah, sebutan ‘Prae Vae’ mungkin sesuai dan bersifat global.
SEBUTAN SEBENAR PROTON PREVE
Berkenaan nama Preve, sebutan yang betul menurut DSZ ialah ‘Prae Vae’, namun ramai lebih suka menyebutnya sebagai ‘Pri Vi’, yang dirasakan lebih sesuai sebutannya untuk kita di Malaysia. Namun untuk pasaran antarabangsa terutamanya di negara-negara seperti Thailand, Indonesia, Australia dan Eropah, sebutan ‘Prae Vae’ mungkin sesuai dan bersifat global.
MAKSUD ‘PREVE’
Menurut Proton, perkataan Preve diambil dari perkataan Inggeris ‘to prove’, di mana dalam bahasa Melayu ianya bermaksud ‘untuk membuktikan’, bertujuan memberitahu kepada rakyat Malaysia dan dunia bahawa Proton mampu mengeluarkan kereta dengan mengikut piawaian dan standard global tertinggi. Proton Preve adalah bukti akan kemampuan Proton setakat ini dalam usahanya bersaing di pelbagai peringkat pasaran dunia.
SPESIFIKASI PROTON PREVE
Ditawarkan dalam tiga varian utama bermula dengan varian permulaan M-Line yang tersedia dalam dua versi, sama ada dilengkapi transmisi manual lima kelajuan atau transmisi CVT 6-kelajuan, bersama-sama enjin CamPro 1.6 liter IAFM+. Varian tertinggi pula dilengkapi enjin turbo 1.6 liter CFE dengan kuasa mengujakan; 205Nm tork maksimum dan 138hp, seterusnya dipadankan transmisi CVT Protronic 7-kelajuan.
HARGA PROTON PREVE
Diletakkan dalam segmen C untuk bersaing dengan model-model lain seperti Kia Forte, Honda Civic, Toyota Corolla Altis, Nissan Sylphy mahupun model popular Toyota Vios dan Honda City, Proton Preve dilihat mempunyai kelebihan kerana menawarkan pelbagai ciri-ciri terbaharu yang tiada pada pesaingnya.
1) Proton Preve 1.6 MT Executive (Transmisi Manual 5-Kelajuan)
RM 59,990.00 / Metallic (OTR)
RM 59,540.00 / Solid (OTR)
2) Proton Preve 1.6 CVT Executive (Transmisi CVT 6-Kelajuan)
RM 62,990.00 / Metallic (OTR)
RM 62,540.00 / Solid (OTR)
3) Proton Preve 1.6 CVT Premium (Transmisi CVT ProTronic 7-Kelajuan)
RM 72,990.00 / Metallic (OTR)
RM 72,540.00 / Solid (OTR)
Antaranya ialah 4 beg udara, ‘paddle shifter’, butang penghidup enjin, transmisi CVT, enjin lebih berkuasa, sistem suspensi belakang jenis multilink, teknologi ‘ride and handling’, dan yang paling penting ialah harganya bakal ditawarkan sekitar RM62K sehingga RM75k sahaja, jauh lebih murah daripada pesaing sekelasnya.
nice! cantik!